Cara Serikan Wajah & Langsingkan Tubuh Selepas Bersalin

Kehamilan adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh wanita yang sudah berkahwin.. Berkahwin dan mempunyai anak, adalah sinonim.. Bagai aur dengan tebing, sesuatu perkara yang tidak boleh dipisahkan lagi.

Namun begitu, sering kali bermain di minda wanita yang mengandung, bagaimanalah bentuk badan mereka selepas bersalin.. Adakah gemuk dan semakin tak lawa.. Risau pulak, kalau berat badan yang naik masa mengandung susah pulak nak turun.. :-).. Saya pasti, anda sebagai seorang ibu atau bakal menjadi ibu, sudah pasti soalan ini akan turut bermain di dalam minda.. 🙂

Perubahan hormon semasa mengandung adalah antara penyebab kenapa masalah ini sering kali menimpa setiap wanita yang berbadan dua. Bahkan sedikit sebanyak, membuatkan seseorang itu berasa kurang selesa dengan penampilan dan ingin kembali menawan seperti sebelum hamil.. 🙂

Selepas membaca satu artikel mengenai cerita mengenai wanita mengandung, membuat saya tergerak hati untuk berkongsikannya bersama anda.. 🙂

sumber : Majalah Wanita

Stretch Mark

Stretch mark adalah garis-garis berwarna merah muda yang muncul pada kulit bahagian perut wanita mengandung, terutamanya. Lama-kelamaan, garis merah ini akan berubah menjadi garis berwarna putih. Stretch mark muncul kerana kulit mengalami peregangan dan elastis kulit tidak memadai menangani peregangan yang terjadi. Akibatnya, kulit seperti pecah dan timbul garis-garis atau guratan tersebut. Sebahagian besar wanita hamil, stretch mark tidak dapat dielakkan. Biasannya, ia muncul ketika usia kandungan 4-5 bulan. Semasa peregangan terjadi, kemunculan stretch mark ini biasanya disertai rasa gatal.

Pun begitu, jika seseorang memiliki kulit yang anjal, kemungkinan saat hamil dan setelah kelahiran tidak akan terjadi stretch mark. Biasanya ini bersifat genetik. Jika ibu anda tidak mengalami stretch mark, ada kemungkinan juga anda akan turut terhindar daripada masalah ini.

Untuk mencegahnya, gunakan krim anti stretch mark yang mengandungi pelembap tinggi sedari awal kehamilan. Hindari juga penambahan berat badan yang keterlaluan sepanjang tempoh kehamilan. Pun begitu, anda harus ingat kemunculan stretch mark juga bergantung pada tingkat kekenyalan kulit seseorang. Stretch mark boleh berlaku biarpun anda sudah melahirkan bayi.

Mask of Pregnancy

Wanita yang sedang hamil turut mengalami masalah mask of pregnancy, di mana warna kulit wajah tidak sama terutama di bahagian dahi dan pipi serta warna yang lebih gelap pada lipatan-lipatan. Untuk mencegahnya, gunakan krim yang mengandungi 15 SPF. Hindari terdedah atau berada di bawah sinaran matahari dalam tempoh yang lama.

Jerawat dan kelemumur

Meningkatnya produksi hormon progesteron secara tidak langsung akan meningkatkan pengeluaran minyak sehingga menyebabkan kulit wajah dan kepala berminyak. Akibatnya, jerawat dan kelemumur menjadi masalah yang dialami sepanjang anda hamil.

Untuk mencegahnya, cuci muka lebih kerap daripada biasa, tetapi jangan terlalu kerap sehingga menyebabkan kulit kering. Untuk mencegah kelemumur, cuci rambut dengan lebih kerap dari biasa.

Kegemukan

Penambahan berat badan memang sepatutnya terjadi ketika kehamilan, kerana janin dalam kandungan semakin hari semakin membesar. Namun, jika selepas melahirkan berat badan anda masih tidak turun, anda harus melakukan diet dan senaman. Pun begitu, tidak boleh keterlaluan terutama bagi wanita yang menyusukan anak. Apa yang penting, anda harus mendisiplinkan diri bagi memastikan kalori di dalam tubuh seimbang dengan apa yang dikeluarkan.

Diet yang baik adalah jumlah pengambilan makanan, jenis makanan, dan jadual makan. Selain itu, perhatikan jenis makanan terutamanya bagi anda yang menyusukan bayi. Pastikan susu yang dihasilkan mengandungi khasiat yang baik untuk bayi. Justeru, pilih jenis makanan yang tepat seperti sayur dan buah yang kaya dengan serat, karbohidrat kompleks, protein rendah lemak dan perbanyakkan minum air putih.

Sebaik-baiknya, anda mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Melalui kaedah ini, anda tidak perlu terseksa menahan lapar dan juga akan membantu proses pembakaran agar dapat berlangsung dengan maksiam. Yang penting anda tidak lupa untuk bersenam. Mulailah dengan senaman ringan seperti jogging atau mengayuh basikal di rumah. Setelah tubuh kembali pulih daripada luka bersalin, barulah anda menambah kaedah senaman. Diet cara yang tepat disertai dengan senaman adalah cara yang sihat untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang langsing.

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp : 011-3201 4534
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook”

 

 daftar ahli shaklee