ABOUT

Saya akan terangkan:

  1. Apakah Shaklee?
  2. Apa pula Jutawan A2M? dan
  3. Apa benda Beauty Fatimah dot Com ni?

#1: Apa itu Shaklee?

Shaklee adalah syarikat Nutrisi Semulajadi No 1 di Amerika. Punca kenapa ianya menjadi pilihan ramai pengguna di sana adalah kerana setiap produk yang dihasilkan berdasarkan kajian terperinci oleh saintis bertauliah, bukan sekadar “bancuh belakang rumah” mahupun “dengan perasa susu kuda” seperti kebanyakan makanan tambahan ataupun produk entah apa-apa di Malaysia.

Buktinya, produk-produk Shaklee di sokong pelbagai journal antarabangsa. Kalau Shaklee cakap “Vivix boleh buat 25 tahun lebih muda” memang ianya berdasarkan kajian saintis yang direkodkan dalam jurnal antarabangsa yang sah. Tidak seperti sesetengah produk yang suka hati claim macam-macam “sapu sekali putih selamanya” atau “kulit putih dalam SERTA-MERTA”.

Produk Shaklee dijamin berkesan, selamat digunakan & mesra alam (tu yang anda biasa baca moto Shaklee “Always WORKS, Always SAFE & Always GREEN” ) hingga atlet olimpik turut menggunakannya sampai menang medal emas. Ingat iklan teknologi minyak petrol/hitam Petronas/Shell yang digunakan dalam perlumbaan Formula 1? Tapi kita gunakan untuk prestasi cemerlang kenderaan sendiri. Tu yang bawak kereta Kancil tapi pecut macam Ferrari.

Siapa tidak mahu guna produk yang atlet gunakan sampai menang, bukan? Atlet ni pula bukan boleh sebarang makan tau. Kalau habis berlatih 4 tahun untuk sukan olimpik tapi tiba-tiba kantoi ada dadah dalam air kencing, terus kena tendang. Kalau dah menang pingat emas sekalipun, boleh ditarik balik. Itulah yang terjadi pada atlet wushu kita; Tai Cheau Xuen (24 tahun) di temasya Sukan Asia Incheon 2014. Justeru, atlet hanya berani guna produk yang selamat sahaja.

Shaklee begitu yakin dengan barisan produk-produknya hingga mereka hanya bergantung kepada pengedar-pengedarnya untuk memasarkan Shaklee, tak perlu dijual di pasaraya terkemuka seperti Giant, TESCO atau Guardian sekalipun. Tambahan pulan, para pengedar Shaklee bukan dididik untuk menjual produk kerana keuntungan semata-mata, tetapi berkongsi kebaikan yang mereka dah rasai selepas menggunakan sendiri produk Shaklee selama bertahun-tahun.

Ini yang Shaklee katakan “social marketing” atau Pemasaran Sosial.

Para pengedar mengajak orang sekeliling rasai sendiri kehebatan Shaklee dengan perkongsian pengalaman-pengalaman manis mereka menggunakannya. Oleh kerana orang kita ni asyik dok tanya “Apa kejadah Pemasaran Sosial tu?”, para pengedar gunakan saja istilah popular; MLM atau Network Marketing, kerana ianya lebih mudah difahami. In case anda tertanya-tanya: Ya, Shaklee itu MLM.

#2: Apa Pula Jutawan A2M?

Jutawan A2M adalah salah satu kumpulan atau subset dalam Shaklee. A2M ini adalah singkatan kepada nama Abdurrahman Auf Moden. 🙂

 

susur galur 2

Kumpulan Hj Roslan adalah salah satu kumpulan yang terdapat di dalam Shaklee. Semua group yang kat bawah tu, adalah subset kepada kumpulan Hj Roslan. Jika anda perhatikan, dalam kumpulan Euphoria tu adalah dibawah Master Norita, kumpulan MamaFaiz pula bawah Master Cery, kumpulan iReach adalah dibawah Master Lyna, kumpulan Supermom pula adalah dibawah Master Hadha. Kalau anda perhatikan imej kat atas ni, group Jutawan A2M kami adalah group ke-6 dalam kumpulan Hj Roslan.

Jika dah faham maksud susur galur di atas, pasti anda pun faham kelebihan menjadi ahli shaklee dengan jutawan A2M; anda berhak menyertai apa-apa program latihan kumpulan Jutawan, Euphoria, Hj Roslan & Shaklee! Tinggal pilih saja.

Walaupun Shaklee memasarkan produk menggunakan pendekatan MLM, ianya lain daripada syarikat-syarikat MLM yang pernah anda dengar/terjebak sebelum ini. Sekurang-kurangnya Jaringan Jutawan A2M tidak mengamalkan; malah mengutuk sekeras-kerasnya, teknik MLM Haram Jadah yang biasa kita dok dengar tu.

Asas prinsip Jutawan A2M

  1. menjual produk, bukan membeli pangkat. Kami hanya berkongsi teknik melariskan jualan. Anda tidak perlu bersusah payah tonjolkan villa mewah atau kereta Ferrari (tu pun jika ada) semata-mata untuk menarik perhatian prospek seperti MLM tipikal lain. Tak pernah lagi orang datang beli produk Shaklee dengan kami bertanya “kalau awak bawak Ferrari baru saya beli”.
  2. semua orang memiliki peluang yg sama. Kami tidak mengamalkan strategi yang “orang ada modal je” atau yang sudah berpangkat tinggi dalam Shaklee saja yang boleh berjaya. Semua strategi & teknik yang diajar boleh digunapakai oleh semua pengedar berdaftar, tinggal malas ke rajin je. Malah teknik-teknik yang dikongsikan boleh digunapakai dalam perniagaan lain.
  3. sesiapa pun boleh buat sampai berjaya. Pelbagai pendekatan yang digunakan dalam membimbing setiap ahli berdaftar. Seeloknya sudah tentu menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu yang Shaklee sediakan setiap bulan. Tapi kalau tak boleh datang, anda bebas belajar sendiri daripada info dalam kumpulan tertutup. Apa pun kekangan, anda boleh buat. Janji, tiada alasan.

Jika anda setuju dengan semua prinsip di atas, boleh sertai kami.

ireach family mlm shaklee {focus_keyword} About 10629716 10152511469068876 760776666003532990 n

Memandangkan Shaklee adalah perniagaan sekeluarga, anak-anak & pasangan tidak di abaikan. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh group jutawan iReach & Supermom. Walaupun anda mendaftar dengan Jutawan A2M, anda tetap berpeluang untuk menyertai semua program ini. Tinggal nak pilih je lagi.

#3 Apa Itu  Beauty Fatimah dot Com?

Di dalam blog Beauty Fatimah dot Com ini, saya banyak berkongsi dengan anda, mengenai kelebihan serta manfaat produk Shaklee, testimoni produk Shaklee, tip-tip kesihatan & kecantikan, masalah kesihatan yang sangat perlu anda ketahui.

LIKE/SHARE FanPage Beauty Fatimah Dot Com

Jika anda tidak mahu terlepas dari perkongsian post dari blog Beauty Fatimah dot Com, pastikan anda dah LIKE/SHARE Beauty Fatimah Dot ComKalau tidak, selamat menggodek blog ini. 🙂

 

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

 

 

 

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!