Kenali Vitamin Yang Anda Ambil …

Saya percaya, sebagai seseorang yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan diri, anak-anak, suami atau isteri, ibu-bapa, anda pasti adalah orang yang bijak dalam mencari vitamin atau supplemen yang sesuai untuk anda dan ahli keluarga anda. Dan, Ya. Amda adalah seorang yang penyayang dan orang yang mengambil berat tentang orang-orang yang anda sayangi.. Tahniah.. Tidak semua orang adalah seperti anda. Tanya diri sendiri, apa yang anda telah buat/lakukan untuk ahli keluarga anda, demi kesihatan tubuh badan mereka.

Jadi, anda sebagai orang yang penyayang, saya ingin bertanya, “Adakah anda sudah memastikan yang vitamin atau supplemen yang anda ambil itu sesuai untuk anda dan ahli keluarga anda?Adakah anda sudah memastikan yang vitamin atau supplemen yang anda ambil untuk anda dan ahli keluarga anda adalah vitamin yang berkualiti elok untuk penyerapan tubuh badan? Adakah anda rasa yakin bahawa vitamin atau supplemen yang anda ambil itu bebas daripada campuran bahan-bahan pengawet, perasa tambahan atau dadah?”

Jika jawapan anda, YA, anda adalah seorang pengguna yang bijak.. Ini kerana, anda tahu apa yang terbaik untuk anda dan ahli keluarga anda. TAHNIAH saya ucapkan.. 🙂

Jadi, berbalik kepada topik yang ingin saya ingin saya bincangkan bersama anda semua pada pagi yang indah ini, saya sebenarnya ingin berkongsi bersama anda, Kenali Vitamin Yang Anda Ambil…Saya pasti, anda adalah orang yang bijak untuk mengetahui apa vitamin yang anda ambil.. Saya bukannya ingin berbincang mengenai jenis vitamin A, B, C, D, E atau K, di sini, tetapi, saya ingin berbincang mengenai jenis-jenis Vitamin yang kini hangat di pasaran.. :-)..

Apa vitamin yang hangat di pasaran??? Vitamin-vitamin ini adalah Vitamin Semulajadi, Vitamin Sintetik & Vitamin Organik…

 Apakah itu Vitamin Semulajadi???

* Vitamin Semulajadi ini di hasilkan dengan pemprosesan yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui di alam semulajadi.
* Pemprosesan Vitamin Semulajadi ini, adalah teramat tinggi berbanding Vitamin Sintetik & Vitamin Organik.
* Ia memerlukan pelaburan yang tinggi dari segi sumber semulajadi yang berkualiti
* Kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi, kerana kos yang mahal. Satu-satunya syarikat yang menjadi pengeluar untuk vitamin atau mineral semulajadi adalah Shaklee. (Boleh rujuk : A consumer report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)

Apakah itu Vitamin Organik???

* Vitamin Organik mempunyai nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi, biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang kuat.
* Ia tidak sama dengan Vitamin Semulajadi kerana cara pemprosesannya.
* Semasa pemprosesan Vitamin Organik, ia melibatkan
# Haba tang berlebihan
# Produk petroleum biasanya digunakan, dan ini menyebabkan ia kehilangan nutrien
* Faktor tambahan yang ada pada nutrien yang turut lesap tadi atau yang telah rosak, tidak di gantikan.

Apakah itu Vitamin Sintetik???

* Vitamin Sintetik merupakan nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal.
* Vitamin ini bersumberkan tar arang batu
* Kos penghasilannya yang murah dan komponennya adalah merupakan bahan kimia
* Kebanyakkan makanan tambahan (supplemen) yang dijual di pasaran, adalah daripada jenis Vitamin Sintetik.
* Syarikat biasanya lebih mengutamakan keuntungan dengan menggunakan cara ini dalam penghasilan makanan tambahan
* Vitamin Sintetik adalah vitamin yang biasanya kita jumpa dengan lebih mudah di farmasi.
* Walaupun secara kimianya ia semulajadi, tetapi dari segi strukturnya ia jauh berbeza
* Labelnya – dilabelkan dengan huruf  “l” berbanding huruf “d” bagi semulajadi (Boleh rujuk : How to Understand Food Supplement Labels by Dr Bruce B. Miller).

 Mengapa kita perlu mengambil Vitamin Semulajadi???

1. Enzim di dalamnya tidak mengalami perubahan melampau dalam proses, pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
2. Ia tidak menggunakan pengisi atau pengikat yang keras, yang menghalang penyerapan nutrien
3. Penyediaan bahan mentah dari sumber semulajadi yang berkualiti
4. Ia adalah semulajadi bio-kedapatan dan ia disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintetik
5. Imbangan semulajadinya dikekalkan sebaik mungkin
6. Badan kita lebih mudah menukarkan vitamin semulajadi bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya.

Kenapa kita perlu mengelak daripada mengambil Vitamin Sintetik???

1. Ia tidak dapat digunakan sepenuh oleh tubuh badan kerana struktur sistem enzim kita adalah untuk sesuatu yang semulajadi
2. Percubaan untuk memadankan enzim tubuh badan kita dengan Vitamin Sintetik adalah seperti kita menggunakan sarung tangan kiri pada tangan kanan. Ia tidak akan sesuai dan selesa.
3. Vitamin Semulajadi adalah lebih aktif dari segi biologi berbanding Vitamin Sintetik dan ia 42% lebih berkesan berbanding Vitamin Sintetik.

Bagaimana Cara Anda Untuk MengenalPasti Bahawa Vitamin Yang Anda Ambil adalah Vitamin Semulajadi Dan Bukannya Vitamin Sintetik???

1. Melalui pembacaan pada label – huruf “l” bagi tiruan, dan “d” bagi semulajadi
2. Melalui kehadiran pad gel silika di dalam bekas botol ubat. Gel silika ini biasanya diletakkan di dalam 1 bungkusan kecil, yang akan diletakkan bersama-sama vitamin di dalamnya, serta ditulis “Do Not Eat”. Berbanding Vitamin Semulajadi, ia tidak memerlukan gel silika ini bersama-samanya.
3. Sudah semestinya, jika anda membeli vitamin atau supplemen daripada Shaklee, anda tidak perlu berasa risau atau bimbang. Ini adalah kerana vitamin dan supplemen yang dikeluarkan oleh Shaklee adalah 100% semulajadi.. (Boleh Rujuk : Shaklee Food Supplement – A consumer report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care).

Sedikit Perkongsian Berita Untuk Renungan Bersama…   

Saya baru teringat yang saya ada terbaca dalam suratkhabat Metro pada pagi tadi, bertajuk “Badan berketul, nafsu pula lemah“.. Ia adalah berita mengenai seorang ahli bina badan yang mengakui bahawa dia telah mengambil steroid  jenis “testosterone”. Menurut beliau, ” Keghairahan menambil ubat-ubatan mengandungi steroid jenis ‘testosterone’ bagi menambah kekuatan ketika menjalani latihan angkat berat menyebabkan seorang ahli bina badan kini menderita lemah tenaga batin dan kerandut zakar turut mengecil “… “Malah, masalah dialami lelaki berusia 40-an itu turut menjejaskan keseluruhan hidupnya apabila ditinggalkan isteri selain sering mengalami pelbagai masalah kesihatan…”doktor memberitahu masalah lemah tenaga batin yang dialaminya berpunca daripada pengambilan steroid jenis testosterone berlebihan sejak lebih tujuh tahun lalu.
Untuk berita lebih lanjut, anda boleh membaca sendiri melalui Metro keluaran 15. September. 2012.

**Jadi, saya ingin menasihati semua pembaca blog saya, berhati-hatilah dalam membuat pemilihan Vitamin atau Supplemen yang ingin anda ambil.
** Dapatkan nasihat daripada pakar, sebelum anda membuat keputusan untuk mengambilnya.
** Kita bukannya ingin sihat hanya untuk hari ini sahaja, cantik pada hari ini sahaja, tetapi, kita ingin sihat tubuh badan serta kelihatan cantik sehingga akhir hayat kita.
** Jadi, saya sudah berbincang dengan panjang lebar mengenai perbezaan setiap jenis Vitamin-vitamin yang kini hangat di jual di pasaran malahan berkongsi sedikit berita untuk renungan bersama.
** Jadi, sebagai pengguna yang bijak, saya tidak perlu mengulang lagi ayat saya agar “Berhati-hatilah dalam memilih vitamin atau supplemen yang sesuai untuk Anda dan Ahli Keluarga Anda”..

produk-shaklee

 

beli sekarang 2

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp : 011-3201 4534
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook”

daftar ahli shaklee

 

TESTIMONI VIVIX : Alhamdulillah, Ibu Pulih Dari Stroke

Assalamualaikum dan selamat tengahari…

Pasti sekarang ada yang tengah sibuk mencari tempat lunch atau sedang menikmati juadah tengahari masing2 atau baru je lepas menikmati juadah tengahari..haa..td makan aper?..hehehe..jangan amalkan makan makanan segera yer..tak elok untuk kesihatan jika ia di ambil dengan terlalu kerap..

Berbalik kepada topik saya hari ini, saya ingin berkongsi bersama-sama pembaca semua, testimonial seorang pengguna Vivix, iaitu ibu kepada Pengguna serta Ahli Shaklee ni..iaitu, Puan Ainan..

________________________________________________________________________

“Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati…Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express ‘feeling’ pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelan pun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas ‘study’ punya ‘study’ dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah ‘train’ mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..”

vivix

beli sekarang 2

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp : 011-3201 4534
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook”

 

daftar ahli shaklee

Mengapa Wanita Sukar Hamil

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Saya pasti, isu untuk mendapat anak, terutamanya bagi pasangan yang sudah lama kahwin adalah antara punca perbalahan rumah tangga.. Seringkali, antara pasangan akan saling menyalah satu sama lain.. Padahal, bila sukar atau lambat dapat anak, bukan lah perkara asing.. Kadang-kala keegoan masing-masing yang membuatkan isu nampak terlalu kritikal dalam sesebuah rumah tangga..

Mari kita singkap, kenapa wanita atau isteri anda sukar untuk hamil..Walaupun begitu, perlu saya ingatkan, ini bukan satu-satunya penyebab wanita sukar hamil.. Kadang-kala kedua-dua pasangan adalah subur, namun situasi dalam rumahtangga, seolah-olah kita belum bersedia untuk mempunyai anak, mungkin ia juga antara penyebabnya.

Biasanya, kemandulan wanita berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan. Ia terhakis dengan gaya hidup, pemakanan serta penggunaan bahan kosmetik kecantikan yang mempunya pelbagai bahan kimia yang mampu mematikan sel endoktrin hormon.

Dalam penyiasatan kes kemandulan, 60% tumpuan diberikan kepada pihak isteri. Punca kemandulan boleh dikesan dengan beberapa punca antaranya :
1) Kemandulan disebabkan penyakit dalam faraj
2) Penyakit dalam rahim
3) Penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegagalan ovulasi (pengeluaran benih).

Daripada punca kemandulan diatas, 99% mengalami masalah kegagalan ovulasi iaitu pengeluaran benih (ovum).

Tahukah anda, bahawa pengeluaran ovum dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia akan mengukur tahap kesuburan wanita tersebut.

Tiap-tiap wanita dikurniakan tuhan dengan 2 kilang ovari ketika lahir. Ovari-ovari tersebut mempunya 400,000 promodial dolikal iaitu sel-sel yang bakal menjadi ovum. Tetapi dalam hayat seseorang wanita hanya 400 sel berjaya menjadi telur (ovum) dan yang lain akan musnah. Biasanya hanya satu telur dikeluarkan dalam satu pusingan haid dan ia dikeluarkan pada hari ke 14 setiap kali haid.

Proses pencantuman antara benih lelaki dan wanita (ovum) mungkin berhasil jika persetubuhan dilakukan ketika waktu subur iaitu ketika ovum terhasil. Jika ia terjadi maka kehamilan akan berlaku. Tetapi jika ovum tidak terhasil maka peluang untuk hamil langsung tiada..

Sedarkan anda, anda juga mungkin berdepan dengan masalah Polycystic Ovari?

InsyaAllah, semua ada penawarnya.. Yang penting kita beriktiar.. InsyaALLAH… (^_^)

************************************************************************

Supplemen cadangan untuk kesuburan

Vitamin Kesuburan:

(1) Vitamin E & Selenium – Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(2) Zinc Complex – Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(3) Alfalfa Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(4) GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Set kesuburan isteri shaklee

beli sekarang 2

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp : 011-3201 4534
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook”

 

 daftar ahli shaklee