AJHT Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

Assalamualaikum,

Masih lagi tidak bermaya untuk membuat sebarang aktiviti hari ini? Bukan sahaja nak buat kerja, nak berjalan cepat je lenguh. Bila anda mudah terasa sengal-sengal pada bahagian sendi, itu tandanya badan anda sedang mengalami masalah sakit sendi.

Pernah dulu saya terdengar ada orang mengeluh, seluruh sendi-sendi dia terasa sakit, alasan dia, sebab terlalu banyak duduk. Betul ke? hehe.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif. Kini, dengan AJHT, anda mampu mengekalkan sendi-sendi yang kuat, fleksibel dan mudah bergerak. Produk terbaru Shaklee ini mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak jagung dan nutrien penting lain termasuk zink, tembaga, mangan dan vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan.

AJHT adalah produk shaklee yang mengandungi 100% sayur-sayuran. AJHT adalah nama pendek bagi Advanced Joint Health Tablet.

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara:

  1. Menyokong keselesaan sendi
  2. Memelihara tisu penyambungan yang sihat
  3. Meningkatkan kesan kusyen

AJHT ni sesuai untuk semua peringkat usia. Tidak kira orang muda atau orang tua, semua boleh mengambilnya..hehe

Jom tengok apa kata mereka mengenai AJHT ni.. 🙂

” 29 hb Dec aritu beli AJHT untuk hubby, 2 hari consume dah ok sakit-sakit sendi dia. Actually, saya ni pun selalu sakit-sakit sendi sebab saya ni kurus sangat orangnya. Tu senang sangat sakit-sakit sendi. Saya memang tak suka nak telan-telan pil ni, tapi dah tak tahan malam tadi ngap 2 biji AJHT, alhamdulillah pagi ni, senang je bangun dari tidur. Macam tak percaya je. Selalu kalau nak bangun tu, seksa tahan sakit..”

 

Chupp.. Anda nak tahu tak?

Sempena promosi pada bulan Feb ni, Shaklee menawarkan, offer istimewa untuk AJHT. Jika anda membuat pembelian tiga botol, anda boleh memiliki satu botol percuma. Maksudnya, Beli 3 Dapat 4. Best kan?

Nak tahu harga sebotol? Sebotol cuma RM124 je. Kalau beli 3, lepas tu dapat lagi 1 percuma, kan berbaloi tu.

Kalau anda tidak ingin sakit sendi anda berpanjangan, ambil lah AJHT hari ini. InshaAllah, anda memang akan berpuas hati sangat-sangat. 🙂


PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat pembelian daripada saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

SHAKLEE EFFECT #14: Rahsia Isteri Tambat Hati Suami, Sambil Senyum Manja (Video)

Siapa kata suri rumah ni, boleh membuatkan si isteri menjadi seorang lemah gemalai. Sakit sendi pada jari tak terkata. Bila dah jari sakit, macam nak lipat baju semua? Nak masak lagi. Nak layan suami lagi?

Kasihan kan isteri ni. Biasanya, ibu-ibu yang dah bersalin dan mempunyai ramai anak, memang berisiko tinggi untuk mendapat sakit sendi. Maklumlah kan, si ibu ni dah banyak ‘memberi’ kalsium kepada anak, semasa mengandung dan menyusu.

Kalau tak di top-up, memang cerahlah harapan untuk mendapat sakit-sakit sendi ni semua. Namun, ia tidak mematahkan semangat seorang isteri untuk berusaha mencari penawar untuk sakit sendi ni.

Kisah ni samalah macam kisah sahabat saya. Sahabat saya ni, dia mula perasan, bila sendi-sendi jari jemari dia mula lenguh-lenguh dan sakit. Bila nak angkat baju untuk di lipat, jemari dia tiba-tiba rasa macam tak berdaya. Alih-alih, baju tu di biar tak berlipat.

Bila dah rasa macam terlalu teruk sampai tak larat nak lipat kain semua, beliau mula mencari produk yang boleh membantu merawat sakit beliau. Bila dah amalkan produk yang dah jumpa tu, bukan je tangan rasa lebih bertenaga, bahkan nak join suami aktif marathon pun, dah tak ada masalah. Bila si isteri dah join, sudah pasti kasih sayang suami semakin bertambah, betul tak? hehe

Anda ada masalah macam sahabat saya ni jugak ke? Nak tahu apa yang sahabat saya ni ambil, sampai beliau mampu memikat hati suami pulak tu.

Jom tonton video ni sama-sama. Semoga ia bermanfaat untuk anda dan si suami juga. 🙂 InshaAllah.

 


Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

logo esel

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat pembelian daripada saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Sakit Otot Dan 10 Cara Melegakannya …

Assalamualaikum,

Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.

Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.

KEJANG

PUNCA SAKIT OTOT (KEJANG OTOT)

  • komplikasi kecederaan lama,
  • tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan,
  • melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan
  • kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.

10 CARA MELEGAKAN SAKIT OTOT

Di sini, terdapat beberapa cara untuk merehatkan otot selepas bersenam.

1. Bernafas

Sebaik-baiknya, teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau menyejukkan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan.

Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4:4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali. Ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan.

Bernafas sebegini dapat membantu meningkatkan tahap kepekaan tubuh dan minda, selain menumpukan tenaga anda kepada proses merehatkan otot.

2. Senaman regangan

Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat ‘hangat’ dan senang dilenturkan.

Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.

3. Tidur

Siapa yang tidak mahukan tidur malam yang lena? Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan, selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika masa mengizinkan, lelapkan mata seketika selama 20 minit pada waktu petang.

4. Perancangan masa yang betul

Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman, jika jadual harian tidak diatur sebaiknya, otot anda tidak akan dapat pulih secara optima. Hasilnya, anda akan berasa sakit dan otot menjadi tegang.

Apabila merancang untuk menyertai sebarang senaman berat, pastikan anda mempunyai masa sekurang-kurangnya selama sehari bagi mendapat rehat secukupnya.

Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep, pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.

5. Urutan

Urutan merupakan antara cara terbaik untuk melegakan otot. Dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang benar-benar pakar dan lakukan urutan seluruh badan.

Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan. Ketika mengurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

6. Mandian sauna

Mandian sauna meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah, selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke otot. Sebaiknya, mandian sauna dilakukan selepas habis senaman atau beberapa jam kemudiannya.

Teknik ini juga merupakan cara yang baik untuk rileks dan melegakan tubuh secara psikologi. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit, tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat.

Jika anda mahu, lakukan juga senaman regangan yang ringkas, memandangkan otot berada dalam keadaan sangat fleksibel.

7. Meditasi

Selain bagus untuk melegakan tekanan, meditasi juga boleh merilekskan otot. Lakukan meditasi sebelum tidur kerana ia dapat memfokuskan tenaga mental dan menyediakan tubuh untuk berehat. Duduk di dalam bilik yang gelap, sunyi dan duduk dengan kaki bersilang. Boleh juga berbaring sahaja dan atur pernafasan.

Cuba tenangkan fikiran sebaiknya. Sebaik sahaja minda anda tenang, bayangkan otot itu menegang dan menjadi lega. Tarik nafas sedalamnya dan bangun perlahan-lahan. Otot pasti akan lega dan tubuh berada dalam keadaan tenang.

8. Minum teh hijau

Diet ini cukup mudah dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam rutin harian. Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

9. Akupuntur

Rawatan purba Cina ini juga boleh diaplikasikan. Seorang ahli akupuntur terlatih tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot. Dapatkan ahli akupuntur bertauliah apabila otot anda berada dalam keadaan kurang selesa dan pastikan rawatan dilakukan dengan betul.

10. Senaman kardio ringan

Selepas mengangkat beban yang berat, lakukan senaman kardio ringan untuk melegakan otot. Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang.

Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman. Ingat, pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh.

Selepas menjalankan sesi senaman, pastikan anda merehatkan otot. Masukkan teknik-teknik di atas ke dalam rutin harian, otot anda tentu akan pulih dan lega dengan lebih pantas.
Sumber: Kosmo

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau debit kad yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda. 🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee