Rawatan Asli Untuk Putus Haid

Diet rendah lemak dan tinggi serat akan membantu tubuh menyesuaikan diri dengan perubahan paras hormon. Makanlah bijirin, sayuran segar, kekacang, rumpai laut, miso, taufu (dadih kacang soya), tempeh, bijian dan kacang-kekacangan (terutamanya biji bunga matahari).

Diet yang seimbang dengan pengambilan yang secukupnya buah-buahan dan sayur-sayuran, jika dimulakan pada tahun-tahun awal, juga akan membantu melindungi wanita daripada serangan jantung.

Sesetengah makanan boleh menyebabkan panas badan, perubahan mood dan gejala-gejala putus haid lain. Punca-punca ini termasuk gula, kafein, alkohol, makanan diproses dan makanan pedas.

Mari kita lihat senarai pemakanan & amalan yang sesuai

1. Pilih Fitoestrogen :-

  • Fitoestrogen adalah secara semula jadi terjadi daripada sebatian tumbuh-tumbuhan yang sama struktur dan fungsi dengan estradiol yang dihasilkan oleh ovari sebelum putus haid.
  • Makanan tulen mentah, buah-buahan, sayur-sayuran, dan produk soya yang mengandungi estrogen semulajadi ini, yang mencegah rasa panas badan dan gejala-gejala lain pengurangan estrogen.
  • Jika fitoestrogen adalah sebahagian daripada gaya utama sebelum putus haid, tidak terdapat kejatuhan radikal apabila tubuh mula berkurang daripada tuntutan untuk pembiakan
  • Dalam satu kajian yang dijalankan di Paris pada awal 1990-an, seorang ahli fisiologi telah merendahkan paras estrogen dalam kumpulan sampel dengan mengubah daripada diet banyak lemak dan gula kepada diet yang lebih semulajadi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Sumber estrogen : badam, jintan manis, epal, barli, lobak merah, ceri, jagung, timun, kurma, telur, terung, biji rami, biji flaks, bawang putih, kacang merah, lentil, oat, minyak zaitun, betik, pasli, buah delima, kentang, labu, bijan, pucuk kacang soya, biji bunga matahari dan biji labu, tempeh, taufu dan produk soya lain, tomato, gandum, keladi)

2. Fikirkan SOYA

  • Ia secara saintifik terbukti bahawa wanita boleh meminimumkan dan mungkin menyingkirkan rasa panas badan dan perubahan mood akibat putus haid dengan memakan makanan bersoya.
  • Penyelidik Itali mendapati bahawa protein soya yang diasingkan boleh digunakan untuk menggantikan HRT. Para penyiasat di Universiti Bologna mendapati wanita yang menerima supplemen soya menunjukkan pengurangan 45% rasa panas. Ini disebabkan fitoestrogen yang ditemui secara semulajadi dalam soya.
  • Penyelidikan juga menunjukkan bahawa wanita Jepun, yang sering menggunakan produk soya berbanding protein haiwan, dilaporkan kurang menunjukkan gegala putus haid berbanding wanita Amerika.
  • Gejala putus haid yang biasa seperti perubahan mood dan rasa panas badan, insomnia, kemurungan, kurang aktiivit seks dan kekurangan jisim tulang boleh diimbangi dengan meminum secawan air soya dan memakan 4 auns tofu keras atau lembut setiap hari hari.
  • Sebenarnya, kacang soya adalah bahan aktif utama dalam Provera, ubat HRT progestin tiruan.
  • Tetapi soya lebih selamat daripada HRT – isoflavones dalam soya adalah 100-1000 kali ganda kurang kuat berbanding estrogen yang digunakan dalam HRT.
  • Soya juga mampu merendahkan kolesterol bagi wanita pasca-putus haid.
  • Menurut beberapa pakar, kacang soya juga berfungsi seperti ubat antikanser payudara, tamoxifen. Ini bermakna ia boleh dijangka mampu membantu mencegah osteoporosis dan kehilangan jisim tulang

3. Makan Makanan Tidak Berasid

  • Beberapa contoh adalah buah-buahan dan sayur-sayuran mentah dan bijirin tulen. Penguasaan estrogen (yang menyebabkan fibrosista payudara, fibroid uterus dan kanser payudara) berpunca daripada makanan berasid, makanan segera, makanan diproses, gula putih dan lemak yang banyak
  • Kekurangan makanan berkhasiat dan tekanan menghabiskan adrenal yang sebaliknya menghabiskan progestin, hingga berlaku ketidakseimbangan estrogen dan menimbulkan gejala-gejala putus haid.
  • Biasanya estrogen beredar diseluruh tubuh hanya sekali dan kemudian terurai di dalam hati
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam diet menghalang penguraian seumpamanya dan membenarkan estrogen beredar sekali lagi, hingga menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem hormon tubuh

4. Bina Yin

  • Menurut perubatan Cina, makanan berikut boleh membantu wanita putus haid : germa gandum dan minyak germa gandum, kacang hijau dan pucuk, taufu, kacang buncis, kacang hitam, barli, biji bijan hitam

5. Elakkan Kafein

  • Ia terkandung dalam teh, kopi dan minuman ringan. Satu kajian di Oregon State University menunjukkan bahawa wanita yang minum 1/2 – 4 cawan teh sehari berisiko dua kali ganda mengalami sindrom prahaid (PMS).
  • Minum antara 41/2 – 8 cawan sehari meningkatkan kejadian PMS kira-kira 10 kali ganda
  • Kajian selanjutnya mendapati sesiapa yang meminum sekurang-kurangnya satu cawan minuman yang mengandungi kafein sehari, seperti kopi, teh atau minuman ringan, mudah mendapat PMS>

6. Jauhi Gula

  • Ia mungkin memburukkan lagi kesan rasa panas badan, jadi pengambilannya harus dihadkan.

7.  Berhenti Merokok

  • Merokok mendedahkan wanita kepada risiko tinggi penyakit jantung dan strok, selain rasa panas badan.

8. Jangan Minum Alkohol

  • Alkohol dilaporkan mendedahkan wanita yang putus haid kepada risiko tinggi kanser payudara dan strok.

9. Minum Air Lebih

  • Air membantu mengekalkan suhu badan, dan mencegah rasa panas badan serta kekeringan faraj.

10. Berfikir Positif

  • Menurut kajian ke atas penduduk, sikap menjadi penentu paling penting bagaimana wanita menyesuaikan diri dengan fasa peralihan putus haid.
  • Di China, contohnya, di mana usia dihormati, gejala-gejala putus haid jarang dilaporkan.
  • Kajian di AS pula mendapati wanita yang mempunyai perasaan negatif mengenai putus haid berasa lebih teruk, fizikal dan emosi berbanding mereka yang mempunyai pendekatan positif.
  • Wanita perlu membina keyakinan diri untuk menentang elemen luaran yang memberitahu mereka bahawa daya penarik mereka bergantung kepada wajah remaja dan kehandalan seksual mereka.

Sumber : Panduan CAP ” Bahaya Terapi Pengganti Hormon”

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp : 011-3201 4534
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook”

 

 daftar ahli shaklee

Author: Fatimah

Pengalaman 3 tahun dalam bidang suplemen kesihatan dan kecantikan serta membantu usahawan baru membina perniagaan. Melahirkan usahawan berpendapatan 4-5 angka sebulan walaupun seorang suri rumah. Jika anda berminat untuk menambah pendapatan, suka membantu orang meningkatkan kesihatan dan kewangan dan ingin di bimbing, anda boleh whatsapp: 011-3201 4534 atau email: fatimah_tony@yahoo.com Saya mencari usahawan baru yang ingin merubah kehidupan yang lebih baik serta boleh dibimbing, sabar serta mempunyai impian yang besar. Hubungi saya untuk konsultasi vitamin percuma dan pesanan vitamin anda.

4 thoughts on “Rawatan Asli Untuk Putus Haid”

  1. I must thank you for the efforts you have put in writing this website.
    I really hope to check out the same high-grade content by you later on as well.
    In fact, your creative writing abilities has encouraged me to get my
    own site now 😉

    Like

  2. Howdy very cool web site!! Guy .. Excellent .. Amazing ..

    I will bookmark your website and take the feeds also?
    I’m satisfied to search out a lot of useful info
    right here within the publish, we’d like work out extra techniques on this regard, thank you for sharing.
    . . . . .

    Like

  3. Hi there, just became alert to your blog through Google, and found that it’s truly informative.
    I am gonna watch out for brussels. I’ll
    appreciate if you continue this in future. A lot
    of people will be benefited from your writing.

    Cheers!

    Like

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: