Bersyukurlah, Nescaya Allah Akan Tambah Nikmat Ke Atas Mu

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, kerana sehingga hari ini, Allah masih memberi peluang untuk kita hidup, sedangkan sudah ramai saudara mara kita, sahabat handai serta para ulama yang kita sanjungi, sudah dijemput untuk bertemu dengan Allah.

Alhamdulillah, kerana hari ini, saya masih di beri peluang untuk menaip, berkongsi kegembiraan bersama anda. Dan syukur juga kepada Allah, kerana anda sebagai pembaca di blog saya ini, diberi kesihatan mata, dan tubuh badan bahkan kebijaksanaan untuk membaca, sedangkan ramai lagi yang tidak dapat melihat, sedang terbujur sakit serta tidak pandai membaca.

 

 

Begitu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan, bahkan sekarang pun, kita sedang menikmati pemberiaan Allah, iaitu bernafas dengan oksigen melalui hidung dengan sempurna. Tidak perlu nak bawa tong oksigen ke hulu ke hilir, betul tak? Alhamdulillah.

Banyak cara yang boleh kita tunjukkan cara kita bersyukur kepada Allah. Antaranya, adalah bersedekah. Hari ini, hari jumaat kan? Ramai orang alim yang menyatakan, bahawa bersedekah pada hari jumaat ni, banyak sangat kelebihannya. Hari-hari lain pun bagus juga sebenarnya.

Bagi yang lelaki, kalau sebelum ni, liat sangat nak pergi masjid untuk solat jumaat, apa kata hari ini, cuba ubah. Persiapkan diri untuk tunaikan solat jumaat. Sebab dengan menunaikan solat, adalah antara cara kita menyukuri segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita selama ini.

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk bersyukur. Yang pentingnya, kita sentiasa mengerjakan apa yang Allah dan Nabi Muhammad s.a.w suruh, dan meninggalkan apa yang telah dilarang.

Macam yang Mami Lyna kongsikan dalam video di bawah ni, cara-cara yang boleh kita buat sebagai tanda bersyukur. Kadang-kadang, tidak terfikir pun, tapi, selepas mendengar perkongsian beliau, barulah sedar, banyak lagi benda yang perlu di syukuri sebenarnya.

Nak bersyukur, kita perlu ada jurnal kesyukuran. Nak buat macam mana? Boleh dengar sendiri perkongsian beliau ni. Kalau saya cerita mungkin bagus, tapi kalau anda dengar sendiri, itu lebih bagus, sebab bila kita menggunakan telinga untuk mendengar benda baik, kan itu juga tanda bersyukur kepada Allah. Jom kita banyak-banyak bersyukur kepada Allah.🙂

 

Nak tahu kesan buruk akibat tidak bersyukur? Boleh Klik SINI. Hakikatnya, bersyukur boleh membuatkan hati kita semakin dekat kepada Allah. Siapalah kita, tanpa Pencipta kita yang Maha Agung, betul tak?

Kalau anda mengaji dan sedang buka kitab tafsir Al-Quran, jangan lupa belek Surah Ar-Rahman dan surah Al-Mukminun yer.🙂

 


PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat pembelian daripada saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

 

One thought on “Bersyukurlah, Nescaya Allah Akan Tambah Nikmat Ke Atas Mu

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s