5 Tips Tambah Susu Badan Semasa Di Dalam Pantang

 

Tidak semua ibu akan mengeluarkan susu badan, sebaik sahaja bayi lahir. Keadaan ini, bukan sahaja membuat si ibu merasa sedih dan stress sebab merasakan mereka gagal untuk menyusukan bayi mereka dengan jayanya. Malahan, dalam keadaan berpantang adalah hari-hari yang mencabar buat si ibu muda. Bayi pula kerap menangis kelaparan. Kalau tak kuat semangat, si ibu akan suakan susu formula kepada bayi.

Hakikat yang perlu si ibu tahu adalah, susu yang terhasil pada hari pertama dan kedua selepas kelahiran, ini mengandungi kolustrum yang tinggi. Dan ia mempunyai kuantiti yang sangat sedikit. Ini adalah kerana saiz perut bayi sangat kecil – hanya sebesar guli. Bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Mungkin bayi sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan dunia di luar perut.

Kali ini, saya nak kongsikan 5 tips tambah susu badan semasa berpantang. Moga bermanfaat buat semua.

1. Direct feeding sekerap mungkin

Walaupun anak mengamuk, nampak macam tak cukup kenyang. Sebenarnya, hisapan bayi adalah the best milk stimulator. Pam beli pun tak dapat menandingi kehebatan hisapan bayi untuk mengeluarkan susu yang banyak dari payudara.

Tips kekal positif: Fikir yang positif sahaja. Katakan pada diri, sikit je lagi, pasti susu akan keluar lepas ni. Jangan pandang remeh pada kuasa minda.

Pengalaman saya, 3 hari anak saya mengamuk sebab tak puas hisap di kedua belah payudara. Tapi, tenangkan hati. Ingat, perut anak hanya sebesar guli. Cuba tukarkan posisi menyusu. Mungkin anak tak suka posisi tersebut, cuba cek mungkin anda salah makan-anak menangis bukan sebab lapar je, kadang sebab angin, sakit perut sebab makanan yang kita makan, etc.

2. Perah susu sejurus selepas bayi menyusu

Jika ada anak yang berumur setahun lebih atau 2 tahun, boleh minta anak tersebut untuk menyusu, untuk merangsang pengeluaran susu. Anak yang dah besar ni tak heran sangat kalau susu sikit, sebab dia dah mula makan makanan solid. Dan dia lebih expert menghisap untuk pastikan susu keluar.

Jika tiada toddler, anda boleh perah guna tangan. Perahan tangan adalah the best milk stimulator selepas hisapan bayi. Minimum perah 20 minit untuk setiap payudara.

Jangan kecewa jika awal-awal hasil adalah sedikit, dan ia adalah normal. Payudara perlukan masa untuk memahami yang kita sedang program ia untuk menghasilkan susu dengan cara stimulate, stimulate atau perah, perah.

3. Minum air sekurangnya 3 liter sehari

Saya sendiri minum berjag-jag air. Rasa macam badan kita ni kena perah-perah. Kata pun menyusukan anak kan. Anak nak menyusu, mestilah banyak cecair keluar dari tubuh. Lagipun, salah satu komponen utama susu ibu adalah air.

4. Pastikan anda tidak skip meal

Makan makanan nasi berlauk, bersayur. Makanan yang penuh nutrisi membantu menghasilkan susu yang berkualiti, dan membantu bayi cepat kenyang. Makanan yang tinggi kandungan protein pula membantu susu menjadi bertambah pekat.

5. Amalkan makanan tambahan

Makanan tambahan ini, juga dikenali sebagai supplemen. Ia turut merangkumi kurma, longan, lobak putih, etc. Kiranya kurma ni adalah supplemen jugalah ya. Saya sendiri mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah hari ke-2 pantang dah mula bengkak susu. Sekali perah untuk sebelah payudara, dapat lebih kurang 5 oz. Alhamdulillah.

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Happy breastfeeding.


Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

logo esel

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat pembelian daripada saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s