Tanda-Tanda Bayi Tidak Cukup Susu

Adalah normal pada seorang ibu yang baru melahirkan anak pertama, rasa keliru samada bayi sudah kenyang ataupun tidak. 

Jom tengok, adakah selama ini bayi anda cukup kenyang atau tidak.

1. Pertambahan berat badan bayi yang kurang memuaskan

  • Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya, pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. 
  • Manakala bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi

2. Bayi kerap menangis

  • Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda tengah lapar. 
  • Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis
  • Salah satu sebabnya, mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir yang biasanya mengandungi segala khasiat penting
  • Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang
  • Apabila bayi anda puasa menyusu, dia akan lebih tenteram

3. Terlalu kerap menyusu

  • Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan
  • Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya

4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit

  • Faktor ini juga perlu dititik beratkan.
  • Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari
  • Selain daripada itu, air kencingnya berwarna kuning dan berbau kuat

5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan

  • Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang kering dan keras.
  • Terdapat juga segelintir najis bayi yang berwarna kehijauan

Faktor Penyebab

Sebagai ibu, anda sudah pasti tertanya-tanya, kenapa bayi anda terlalu kerap menyusu, seolah-olah dia tidak pernah kekenyangan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bayi merasa tidak kenyang.

1. Lewat memulakan penyusuan

  • Ada segelintir ibu yang mengalami masalah selepas kelahiran
  • Ini mungkin kerana ibu tersebut sakit atau bayi sendiri mengalami masalah
  • Contohnya, bayi lahir pramatang. Jadi proses awal penyusuan tidak dapat dimulakan dan berkemungkinan menjejaskan penyusuan seterusnya

2. Tempoh penyusuan yang pendek

  • Tempoh penyusuan yang pendek, boleh menyebabkan bayi tidak merasa kenyang
  • Ini adalah disebabkan bayi hanya mendapat susu awal yang cair dan tidak dapat mengenyangkannya.
  • Susu awal hanya mampu bertindak menghilangkan dahaga bayi anda
  • Oleh yang demikian, anda perlu membiarkannya menyusu sehingga dia berhenti sendiri dan nampak selesa
  • Selalunya susu akhir nampak putih dan pekat selepas setiap penyusuan

3. Pelekapan yang tidak betul

  • Apabila bayi menyusu dengan pelekapan yang tidak betul, maka bayi tidak dapat menghisap payudara anda dengan baik
  • Oleh kerana itulah dia tidak puas menyusu
  • Sokongan anda amat diperlukan ketika bayi menyusu
  • Dengan memperbetulkan posisi dan pelekapan pada payu dara, pasti bayi anda dapat menyusu dengan baik

4. Botol dan puting kosong

  • Pemberian menggunakan botol kosong atau puting kosong kepada bayi adalah tidak digalakkan, jika anda mahu memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya
  • Ini kerana bayi mudah keliru antara puting ibu dan puting tiruan
  • Apabila dia sudah terbiasa dengan puting tiruan, maka bayi akan menolak payu dara ibu
  • Ini akan menyebabkan bayi tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu secukupnya

5. Tidak menyusu di waktu malam

  • Hormon prolaktin yang diperlukan untuk menghasilkan susu dirembeskan oleh kelenjar pituitari dengan banyak pada waktu malam
  • Jika ibu tidak menyusukan bayinya di waktu malam, ini akan menyebabkan payu dara ibu bengkak dan mengganggu pengaliran susu yang bakal diberikan kepada bayi

6. Makanan tambahan

  • Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berumur enam bulan
  • Pastikan bayi disusukan sebelum diberi makanan tambahan bagi mengelakkan dirinya terlalu kenyang
  • Sekiranya bayi terlalu kenyang, bayi akan kurang menyusu

7. Kurang yakin

  • Ibu kurang berkeyakinan terhadap kemampuan dan kebolehannya untuk menyusu
  • Keadaan menjadi lebih rumit, sekiranya dia kurang berpengetahuan dan tidak mendapat sokongan daripada orang disekitarnya, terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja
  • Dapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan penyusuan susu bayi yang banyak terdapat di hospital kerajaan dan swasta

credit: nanny hadha


Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

logo esel

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat pembelian daripada saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

 

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s