45 Tips Untuk Menghiasi Bilik Si Manja Anda

Adakah anda bakal menimang cahaya mata atau anda masih mencari-cari idea untuk menghias bilik si kecil anda? Jom saya sharekan beberapa tips yang saya petik dari majalah PAMA, untuk perkongsian bersama..🙂

  1. Perlu kenal pasti keluasan bilik sebelum memilih perabot dan kelengkapan bilik anak
  2. Bilik bayi berhampiran dengan bilik utama supaya tangisan bayi dapat didengari
  3. Konsep bilik tidur perlu difikirkan sama ada tempoh lama atau kekal
  4. Jika bercadang menggunakan kertas dinding yang bermotifkan alam semula jadi termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan atau watak kartun, pastikan coraknya sesuai dengan peringkat usia bayi dan anak yang semakin membesar
  5. Almari pakaian, biarlah rendah supaya anak kecil anda mudah untuk mencari sendiri pakaiannya. Konsep berdikari sudah boleh dibentuk dalam dirinya. Pada masa yang sama anda boleh melatih mereka menjaga kebersihan dan kekemasan bilik sendiri
  6. Pastikan meja dan kerusi tidak mempunyai bucu yang tajam
  7. Sediakan sistem pengudaraan semula jadi yang mencukupi supaya bilik tidak terlalu panas
  8. Warna pilihan asas iaitu warna merah jambu dan biru untuk bayi lelaki dan perempuan
  9. Bilik kanak-kanak berusia empat tahun ke atas perlu mengutamakan keselematan kerana biasanya selain menjadi tempat tidur, bilik menjadi tempat untuk bermain dan belajar
  10. Bilik kanak-kanak yang sedang membesar memadai diletakkan perabot berharga sederhana tetapi kukuh, tahan lama, dapat menampung berat dan lasak. Ia penting bagi mengelak berlaku sesuatu yang tidak diingini
  11. Perabot bilik bayi biasanya jenis boleh ubah suai untuk jangka masa panjang kerana bayi semakin membesar
  12. Kanak-kanak pula sediakan perabot sesuai dengan usia dan kegiatan yang mereka lakukan
  13. Bilik kanak-kanak, pastikan bilik mempunyai keluasan yang mencukupi untuk mereka bermain
  14. Untuk menjimatkan, bagi bilik kanak-kanak, pilihan perabot pasang siap khususnya kerana ia menjimatkan ruang
  15. Pasang jeriji atau kaca keselamatan pada tingkap yang tinggi sedikit dari aras lantai untuk mengelak kanak-kanak membukanya. Jeriji pula pastikan bentuknya lurus bagi mengelak mereka memanjatnya
  16. Jangan letak kerusi atau sebarang perabot berhampiran tingkap bagi mengelak mereka memasukkan  kepala di celah jeriji
  17. Elakkan memasang kain langsir labuh sehingga mencecah lantai untuk mengelak kanak-kanak menariknya dan mungkin boleh terjatuh apabila terpijak langsir
  18. Lantai parket yang tertanggal dan lantai jubin atau marmar yang pecah hendaklah diganti bagi mengelak kanak-kanak terjatuh atau terluka terpijak jubin pecah
  19. Elak daripada membeli perabot berbucu tajam. Pilih bucu bulat dan sentiasa pastikan perabot dalam keadaan baik
  20. Jika katil kanak-kanak setinggi lebih 30 meter dari lantai, pasangkan rel keselamatan untuk elak terjatuh
  21. Peti penyimpanan permainan sangat merbahaya bagi berusia dua tahun ke bawah. Juga pastikan peti tidak dilengkapi kunci atau selak yang boleh memerangkap kanak-kanak di dalamnya
  22. Permainan seeloknya di susun di atas lantai supaya mudah mereka mengambilnya. Juga rak penyimpanan permainan perlu rendah supaya mudah mengambilnya
  23. Barang berbahaya seperti gunting, minyak angin atau losyen hendaklah disimpan di tempat tinggi
  24. Jika bayi tidur dalam katil, letakkan patung besar atau bantal berasingan terutama waktu tidur kerana bimbang bayi boleh lemas apabila terhimpit patung besar
  25. Jangan guna perhiasan kecil dikhuatiri akan dimasukkan dalam mulut bayi atau kanak-kanak kecil. Juga elakkan hiasan kaca mudah pecah untuk hias bilik tidur anak
  26. Jangan letak banyak perabot yang mengakibatkan habuk mudah berkumpul. Bilik yang berhabuk tidak sesuai untuk bayi kerana saluran pernafasan bayi terlalu kecil
  27. Lukisan menjadi penyeri bilik manja tetapi pastikan ia tidak menakutkan kanak-kanak
  28. Untuk hiasan ringkas, anda boleh memilih katil yang single untuk anak mudah bergerak bebas
  29. Jika mempunyai ruang, boleh letakkan komputer untuk anak melakukan aktiviti kreatif
  30. Rak berwarna-warni untuk meletakkan permainan
  31. Gunakan peralatan tilam seperti alas tilam, selimut sarung bantal yang diperbuat daripada kain kapas
  32. Letakkan tilam katil bayi pada kedudukan yang terendah sebelum bayi anda boleh menarik dirinya berdiri
  33. Elakkan meletakkan sebarang permainan atau objek kecil dan meninggalkan bayi sendirian dalam katil terutama apabila dia sudah pandai berdiri atau sedang minum susu
  34. Pastikan perabot berada pada kedudukan tinggi dan tegap agar bucunya tidak terkena kepala bayi
  35. Pastikan lokasi perletakkan katil tidak terlalu hampir dengan tingkap yang memancarkan cahaya matahari atau terdedah kepada pancaran lampu jalan supaya si manja dapat tidur dalam keadaan selesa

Katil yang selamat untuk si manja

  1. Pilih katil bayi yang dalam jarak antara bar katil dalam antara 45 mm dan 65 mm untuk mengelak kepala bayi tersepit antara bar
  2. Pastikan tilam sentiasa bersih dan terletak kemas. Kulit bayi agak sensitif yang mengakibatkannya terkena ruam dan gatal-gatal
  3. Jangan gunakan bantal dalam katil. Untuk tidur yang selamat, bayi anda memerlukan permukaan yang mantap dan mendatar. Ini penting bagi mengelakkan sebarang bahaya
  4. Letakkan katil ditempat yang tidak terkena pancaran cahaya matahari, jauh dari tingkap, penyaman udara dan lampu. Ini akan membantu memastikan bayi anda berada dalam suhu yang selamat dan selesa
  5. Jangan selimutkan bayi terlalu berlapis-lapis atau memakaikannya terlalu banyak lapis pakaian
  6. Pilih fabrik untuk cadar katil, sarung bantal dan selimut 100% kapas untuk mengelak bayi berasa panas dan tidak selesa
  7. Jangan tinggalkan bayi semasa dia berada atas meja tukar lampin. Elok sekiranya anda letakkan saja tikar tukar lampi atas lantai untuk mengelakkan risiko bayi jatuh
  8. Sediakan kerusi untuk anda melakukan penyusuan susu ibu
  9. Pastikan bilik sentiasa bersih dari habuk dan kekotoran
  10. Jauhkan katil bayi dari penyaman udara dan kipas berdiri.

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

logo esel

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat pembelian daripada saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s