Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Buat Bayi & Ibu

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.

Kebaikan Susu Ibu Untuk Bayi

1. Susu Ibu adalah makanan terbaik untuk bayi

  • Ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • Mudah di hadam
  • Sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

  • Kolastrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • Mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain

Kebaikan susu ibu Untuk Ibu

  1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  2. Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  3. Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  4. Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  5. Penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan

  • Sebaik sahaja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda.
  • Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • Rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1 hingga 2 jam pertama, bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • Bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • Susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • Susu ibu mengandungi cukup air, tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • Bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • Susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • Makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umur 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini.

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yang banyak akan menyebabkan 

Bayi 

  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu

  • Susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi

  • Susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • Susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • Susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • Susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • Yakini diri anda, anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa

  • Anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • Membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • Mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi

  • Susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • Sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • Penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • Biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

logo esel

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat pembelian daripada saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp  011 – 3201 4534 
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s