PENYUSUAN BAYI: Ketahui Keperluan Berdasarkan Usia Bayi ..

Jika anda meneliti gambar di atas, anda boleh mendapati bahawa keperluan susu yang diambil oleh bayi adalah berkadaran pada usianya.. Jadi, sebagai ibu, anda tidak perlu risau, jika susu badan anda pada hari pertama mempunyai kuantiti yang sedikit.. Ini kerana, bagi bayi anda, ia sudah mencukupi dan membolehkannya kenyang … ;-)

Namun, perlu diingatkan, keperluannya akan semakin meningkat, seiring dengan usianya yang juga bertambah dari hari ke hari…

Usia 1 hari

Bayi yang berusia sehari hanya memerlukan 5-7 ml susu ibu atau setengah hingga sesudu makan bagi setiap sesi penyusuan. Pada usia ini saiz perutnya hanya sebesar biji kacang keras.

Usia 3 hari

Di usianya 3 hari pula , bayi memerlukan kira-kira 22-27 ml bagi setiap sesi penyusuan. Bagi keperluan sehari pula dia memerlukan antara 200 ml hingga hampir segelas air. Saiz perut bayi cuma sebesar buah ceri atau anggur ukuran sederhana.

Usia 1 minggu

Bayi yang berusia 1 minggu pula dianggarkan memerlukan susu ibu di antara 45-60 ml bagi setiap sesi penyusuan. Dalam tempoh sehari, dia mampu menghabiskan kira-kira 400-600 ml atau satu setengah gelas air. Memandangkan growth spurt bayi semakin meningkat, jadi akan berlaku beberapa perubahan pada corak tidur dan penyusuannya. Hal ini terjadi dari perkembangan fizikal dan otaknya.

Usia 1 bulan

Apabila bayi mencecah usia  1 bulan, keperluan penyusuannya mula meningkat. Dia memerlukan kira-kira 80-150 ml susu ibu sekali penyusuan. Di bulan pertama dia akan menyusu 8-12 kali sehari atau setiap satu setengah hingga tiga jam sekali mengikut permintaannya. Pada usia ini juga bayi sudah semakin mahir menyusu malah anda sendiri terutamanya yang baru bergelar ibu tidak lagi kekok untuk meyusukan si manja dengan selesa. Sekiranya anda akan kembali bekerja dalam tempoh terdekat, ini merupakan masa yang sesuai untuk memulakan latihan memerah, memberi susu ibu perahan dan menyimpan stok bagi kegunaan bayi ketika Ibu berpisah sementara dengannya nanti.

Usia 6 bulan

Ketika ini, bayi Ibu  sudah mula boleh diperkenalkan dengan makanan pejal namun penyusuan susu ibu masih perlu diperlukan bagi mengimbangi keperluan zat pemakanannya. Perlu ibu ingat bahawa makanan pejal yang diberikan bukanlah makanan utamanya diusia ini. Jadi susu ibu masih perlu diberikan seperti kelazimannya. Pada usia ini bayi memerlukan sekitar 720 ml susu dalam tempoh sehari. Ibu digalakkan untuk menggunakan susu ibu perahan ketika menyediakan makanan pejal bayi. Ibu boleh campurkan dalam makanan bayi. Oleh itu rasa makanan pejal yang diberikan kepada bayi lebih kurang sama dengan susu ibu. Di usia tujuh bulan pula, keperluan susu ibu terus meningkat sehingga 875 ml iaitu kira-kira 93% jumlah keseluruhan keperluan zat pemakanan si manja.

Usia 12 bulan

Dalam 11 bulan ke atas, keperluan susu ibu oleh si cilik mula berkurangan kepada sekitar 550 ml sehari. Pada hari ulang tahun kelahirannya anak Ibu semestinya sudah biasa dengan makanan disajikan kepada orang dewasa. Oleh yang demikian, Ibu perlu pastikan rutin pemakanan sehariannya adalah pelbagai agar semua zat makanan yang patut diterimanya adalah seimbang.

credit: mama

Jadi, Ibu tak perlu bimbang lagi kalau-kalau bayi tak cukup susu atau sering tertanya mengapa bayi Ibu menyusu sekejap sangat. Bayi bila kenyang akan melepaskan puting payudara Ibu dengan sendirinya. ;-)

set ibu menyusu 3m

 

 

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI!

Serta banyak lagi KELEBIHAN yang bakal anda nikmati sebagai ahli Shaklee!

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s