Gejala Kekurangan Omega 3

Assalamualaikum,

Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan.

Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostemegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.

Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

Tahukah anda bahawa  lebih 90% populasi manusia tidak mengambil asid lemak baik ini secara mencukupi!

Kekurangan pengambilan Omega-3 akan membawa masalah terutama masalah kesihatan memandangkan Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan organ dalaman tubuh termasuk jantung.

GEJALA-GEJALA KEKURANGAN OMEGA 3

1. Perkembangan otak terganggu

  • Asid lemak sangat penting untuk perkembangan otak. Jika kekurangan, terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, maka otak tidak akan berfungsi secara optimum.
  • Lebih buruk ia boleh menyebabkan gangguan bipolar, ADHD, austimes, malah barangkali juga skizofrenia dan Alzheimer’s.
  • Janin dalam kandungan yang tidak mendapat omega 3 yang mencukupi daripada ibunya berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

2. Kesihatan jantung

  • Omega 3 membantu menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.
  • Jika kekurangan Omega 3, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan sekaligus mengundang masalah serangan jantung.

3. Masalah Kulit

  • Kekurangan Omega 3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat dan jerawat.
  • Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kekurangan peredaran darah dalam tubuh.
  • Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar.

4. Alahan

  • Alahan adalah sensitiviti tubuh terhadap bahan-bahan tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya.
  • Dengan menambah pengambilan Omega 3 dalam diet, dapat mengurangkan masalah alahan.

5. Alzheimer’s

  • Ia juga dikenali sebagai nyanyuk.
  • DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak, penting dalam otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron.
  • Kekurangan DHA boleh menyebabkan depresi, ADHD, dementia dan autisme.

6. Asma

  • Asma berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes.
  • Pengambilan Omega 3 dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut, dan mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir disekitar saluran pernafasan.

7. Masalah berat badan

  • Kekurangan Omega 3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan.
  • Apabila kita tidak mendapat Omega 3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh.
  • Lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga, sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati.
  • Ini adalah antara punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

8. Sakit sendi

  • Apabila usia semakin meningkat atau apabila berat badan meningkat, fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang.
  • Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi.
  • Omega 3 berfungsi mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega 3 juga membantu menambah kepadatan jisim tulang.

9. Autisme

  • Kajian mendapat ibu hamil yang mengambil Omega 3 tambahan semasa hamil, kurang berisiko untuk mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi.
  • Ia juga membantu meningkatkan tumpuan dan memori anak-anak autisme dan juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).

Antara lain gejala-gejala kekurangan Omega 3 ialah:

  • Mudah Letih, Penat
  • Lemah Ingatan
  • Lemah tahap imunisasi
  • Kulit kering, eczema atau rambut gugur
  • Masalah jantung
  • Masalah kesuburan
  • Tekanan perasaan
  • Peredaran darah (circulation) tidak lancar

Produk Shaklee yang kaya dengan Omega 3 ialah Omega Guard. Istimewa untuk anda, Shaklee telah menawarkan promosi hebat pada November 2014 ini, dengan promosi Omega Guard beli 6 percuma 1 dan Omega Guard beli 2 dapat diskaun 5%. Hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi hebat ini.🙂

omega 3

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s