Sakit Otot Dan 10 Cara Melegakannya …

Assalamualaikum,

Kekejangan otot berlaku akibat pengecutan otot yang tidak terkawal seterusnya menyebabkan ia tidak dapat berehat secara normal. Dalam keadaan normal, otot akan mengecut dan berehat secara sekata. Namun, tindakan otot yang mengecut secara tiba-tiba menyebabkan terjadinya kekejangan.

Sesetengah orang akan mengalami kekejangan otot dalam tempoh beberapa saat atau beberapa minit. Pun begitu, ada juga yang mengalaminya dalam tempoh yang agak lama. Kekejangan otot yang lama mungkin satu petanda kepada kesihatan tubuh badan.

KEJANG

PUNCA SAKIT OTOT (KEJANG OTOT)

  • komplikasi kecederaan lama,
  • tidak melakukan pemanasan badan sebelum bersukan,
  • melakukan aktiviti senaman dalam tempoh yang lama sehingga menyebabkan otot letih dan
  • kekurangan air dan garam galian atau elektrolit.

10 CARA MELEGAKAN SAKIT OTOT

Di sini, terdapat beberapa cara untuk merehatkan otot selepas bersenam.

1. Bernafas

Sebaik-baiknya, teknik bernafas dilakukan ketika proses pemanasan atau menyejukkan badan dalam sesi senaman. Fokuskan kepada cara mengawal pernafasan.

Tarik nafas dengan dalam dan perlahan, bilang sehingga 4:4 saat dan lepaskan. Lakukannya beberapa kali. Ketika menghembuskan nafas, bayangkan segala ketegangan dan tenaga negatif mulai keluar daripada tubuh badan.

Bernafas sebegini dapat membantu meningkatkan tahap kepekaan tubuh dan minda, selain menumpukan tenaga anda kepada proses merehatkan otot.

2. Senaman regangan

Senaman regangan sering diabaikan sedangkan ia sangat kritikal dalam memulih dan mengurangkan kekejangan otot. Lakukan senaman regangan selepas bersenam ketika otot masih berada di peringkat ‘hangat’ dan senang dilenturkan.

Tahan setiap regangan dalam bilangan 15 hingga 30 saat. Lakukannya sehingga anda berasa otot selesa dan tidak lagi sakit.

3. Tidur

Siapa yang tidak mahukan tidur malam yang lena? Tidur bukan sahaja penting untuk kesihatan mental, malah ia memberikan otot rehat yang secukupnya. Mengurangkan waktu tidur akan melambatkan proses pemulihan, selain otot boleh menjadi sakit dan tegang.

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya tujuh jam sehari. Jika masa mengizinkan, lelapkan mata seketika selama 20 minit pada waktu petang.

4. Perancangan masa yang betul

Tidak kira berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk senaman, jika jadual harian tidak diatur sebaiknya, otot anda tidak akan dapat pulih secara optima. Hasilnya, anda akan berasa sakit dan otot menjadi tegang.

Apabila merancang untuk menyertai sebarang senaman berat, pastikan anda mempunyai masa sekurang-kurangnya selama sehari bagi mendapat rehat secukupnya.

Berikan perhatian khusus kepada otot seperti trisep dan bisep, pastikan anda tidak terlebih dalam senaman yang disediakan.

5. Urutan

Urutan merupakan antara cara terbaik untuk melegakan otot. Dapatkan khidmat urutan daripada mereka yang benar-benar pakar dan lakukan urutan seluruh badan.

Teknik ini boleh melegakan tisu dalaman otot yang sukar dilegakan menerusi kaedah harian lain seperti senaman regangan. Ketika mengurut, fokuskan juga kepada teknik pernafasan supaya otot menjadi lebih selesa.

6. Mandian sauna

Mandian sauna meningkatkan suhu tubuh, sekali gus melancarkan peredaran darah, selain membawa lebih banyak oksigen dan nutrien ke otot. Sebaiknya, mandian sauna dilakukan selepas habis senaman atau beberapa jam kemudiannya.

Teknik ini juga merupakan cara yang baik untuk rileks dan melegakan tubuh secara psikologi. Luangkan masa selama 10 hingga 15 minit, tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan tubuh menjadi terlalu penat.

Jika anda mahu, lakukan juga senaman regangan yang ringkas, memandangkan otot berada dalam keadaan sangat fleksibel.

7. Meditasi

Selain bagus untuk melegakan tekanan, meditasi juga boleh merilekskan otot. Lakukan meditasi sebelum tidur kerana ia dapat memfokuskan tenaga mental dan menyediakan tubuh untuk berehat. Duduk di dalam bilik yang gelap, sunyi dan duduk dengan kaki bersilang. Boleh juga berbaring sahaja dan atur pernafasan.

Cuba tenangkan fikiran sebaiknya. Sebaik sahaja minda anda tenang, bayangkan otot itu menegang dan menjadi lega. Tarik nafas sedalamnya dan bangun perlahan-lahan. Otot pasti akan lega dan tubuh berada dalam keadaan tenang.

8. Minum teh hijau

Diet ini cukup mudah dilaksanakan dan dimasukkan ke dalam rutin harian. Teh hijau mengandungi banyak unsur antioksidan yang berperanan menghilangkan elemen radikal bebas yang memberi kesan buruk kepada tubuh.

9. Akupuntur

Rawatan purba Cina ini juga boleh diaplikasikan. Seorang ahli akupuntur terlatih tahu semua titik tekanan pada tubuh yang boleh melegakan otot. Dapatkan ahli akupuntur bertauliah apabila otot anda berada dalam keadaan kurang selesa dan pastikan rawatan dilakukan dengan betul.

10. Senaman kardio ringan

Selepas mengangkat beban yang berat, lakukan senaman kardio ringan untuk melegakan otot. Ia mampu meningkatkan peredaran darah, memulihkan otot dan mengelakkan otot daripada terus kejang.

Cuba berjalan di atas treadmill atau berbasikal secara ringan selama 10 hingga 15 minit selepas tamat sesi senaman. Ingat, pastikan latihan kardio ini tidak menjadi tekanan tambahan ke atas tubuh.

Selepas menjalankan sesi senaman, pastikan anda merehatkan otot. Masukkan teknik-teknik di atas ke dalam rutin harian, otot anda tentu akan pulih dan lega dengan lebih pantas.
Sumber: Kosmo

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau debit kad yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

One thought on “Sakit Otot Dan 10 Cara Melegakannya …

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s