Peranan Bagi Setiap Vitamin B Yang Perlu Anda Ketahui

Assalamualaikum,

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah, sebab kita masih diberikan kesempatan dan dipanjang usia sehingga hari ini.🙂

Saya nak tanya pada anda, anda pernah tak ambil vitamin B? Anda ambil vitamin B yang berasingan atau vitamin B Kompleks? Mesti anda tertanya-tanya, kenapa? ada perbezaan ke? Nak tahu ada tak perbezaannya, jadi hari ini, saya nak berkongsi kepada anda, manfaat atau fungsi bagi setiap vitamin B, yang mungkin selama ini anda terlepas pandang.

1. Vitamin B1

  • Vitamin B1 atau Thiamine adalah penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protin.
  • Ia juga membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
  • Setiap sel badan kita memerlukan vitamin B1 bagi membentuk ATP – iaitu bahan api untuk badan bekerja.
  • Vitamin B1 bekerja seiring dengan vitamin B2 dan vitamin B3 oleh yang demekian pakar makanan akan mengesyorkan vitamin B1 diambil  sebahagian daripada vitamin B complex atau lain-lain multivitamin tambahan.

2. Vitamin B2

  • Riboflavin adalah perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran.
  • Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan katarak.
  • Ia membantu metabolisma karbohidrat, lemak dan protein.
  • Bersama dengan vitamin A, ia memelihara dan memperbaiki selaput mukosa dalam saluran penghadaman.
  • Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur ; dan membantu penyerapan zat besi dan vitamin B6.
  • Pengambilan riboflavin pada amaun yang mencukupi sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda kekurangan vitamin B2.

3. Vitamin B3

  • Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.
  • Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak.
  • Ia membantu dalam fungsi sistem saraf ; dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein ; dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman.
  • Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu dan perut yang normal dan sintesis hormon seks. .
  • Niacin merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah.
  • Ia membantu dalam penyakit mental seperti schizophrenia  dan ia juga sebagai menambah ingatan.

4. Vitamin B5

  • Vitamin B5 juga dikenali sebagai “vitamin anti-stress” ,  pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, dan menolong menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga.
  • Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tertumpu dalam organ badan.
  • Ia juga terlibat dalam pengeluaran ” neurotransmitters “.
  • Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan  penting yang terlibat dalam  kebanyakkan fungsi metabolisma.
  • Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia.
  • Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).

5. Vitamin B6

  • Vitamin B6 ataupun pyridoxine adalah vitamin yang lebih banyak terlibat dalam fungsi badan berbanding dengan kebanyakkan nutrien yang lain.
  • Ia memberi kesan kepada  kesihatan fizikal dan mental.
  • Ia adalah perlu untuk proses ungkai-bina dan penggunaan protein, karbohidrat dan lemak daripada makanan, untuk pelepasan karbohidrat yang tersimpan di dalam hati dan otot bagi pengeluaran tenaga.
  • Pyridoxine juga membantu mengimbangi tahap sodium dan potassium.
  • Vitamin B6 ini juga perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan antibodi.
  • Ia perlu bagi sistem saraf dan otak berfungsi dengan normal dan untuk sintesis nukleik asid RNA dan DNA, yang mana mengandungi arahan-arahan genetik bagi pengeluaran semula semua sel-sel dan pertumbuhan normal selular.
  • Ia mengaktifkan banyak enzim dan membantu dalam penyerapan vitamin B12, dalam fungsi sistem imuniti, dan dalam pengeluaran antibodi.

6. Vitamin B12

  • Vitamin B12 atau cyanocobalamin adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran.
  • Pembentukan sel darah merah oleh sum-sum tulang adalah bergantung pada vitamin ini.
  • Ia menolong memelihara sel saraf dan sel darah merah.
  • Ia juga terlibat dalam penggunaan folik asid dan karbohidrat dalam makanan.
  • Asid hydroklorik melepaskan vitamin B12 di dalam perut ketika proses penghadaman.
  • Selepas itu ia bercantum dengan sejenis bahan yang dipanggil  faktor intrinsik (IF) sebelum ianya diserap ke dalam darah.
  • Vitamin B12 juga perlu untuk memelihara sistem saraf yang sihat.

7. Biotin

  • Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protein ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain.
  • Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat.
  • Biotin juga memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu, ia menolong melegakan kesakitan otot.

8. Asid Folik

  • Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah.
  • Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.
  • Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.
  • Asid Folik terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.
  • Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan “anxiety”.
  • Asid Folik sangat penting dalam kehamilan.
  • Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  “embryonic” dan ” fetal” , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
  • Asid Folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Tahu tak anda, vitamin B Shaklee adalah satu-satunya vitamin B yang mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B di atas. Berminat untuk mengambil vitamin B Shaklee? Jom klik image di bawah untuk membuat pesanan.

org yg perlukan b complex

beli sekarang 2

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp  011 – 3201 4534
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s