Panduan Mengambil Vitamin Yang Betul

Assalamualaikum,

Pernah tak anda membeli vitamin di mana-mana farmasi? Pernah tak anda bertanya dengan mereka, bagaimana cara pengambilan vitamin tersebut dengan betul? Pernah tak anda bertanya pada jurujual di situ, sesuai tak vitamin tersebut untuk masalah kesihatan anda?

Jika anda menjawab semua soalan di atas YA, itu bermakna anda adalah seorang yang memang berhati-hati dalam membeli makanan tambahan.🙂. Tapi, jarang ada orang mengambil perhatian untuk persoalan-persoalan seperti di bawah.

Terdapat sebuah cerita yang mempunyai kaitan dengan tajuk yang dikehendaki ini.

Amelia terlihat sebotol vitamin C di atas peti ais rumahnya. Lalu dia terus mengambil dua biji vitamin dan memakannya.

Tahukah anda, tindakan Amelia tersebut membahayakan? Anda tidak boleh mengambil sebarangan ubat tanpa perhatian orang dewasa. Mungkin ubat atau vitamin tersebut tidak sesuai dengan ketahanan badan seseorang. Mungkin juga itu bukan vitamin!

Jadi di sini, nasihat yang dapat dikatakan adalah mengikuti peraturan dan panduan ini supaya apa yang anda makan seperti vitamin, tidak akan memudaratkan kesihatan anda.

a. Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar.

Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.

b. Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terpapar pada botol.

Anda kena tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terpapar di botol tersebut tertulis vitamin A atau C? Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, cuba minta pertolongan ibu atau ayah anda. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahamkan?

c. Jangan mengambil dos secara berlebihan.

Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?” tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.

d. Suruh ibu bapa temani semasa mengambil vitamin.

Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Bukan apa, kalau ada di kalangan ada yang mempunyai masalah semasa memakan vitamin, ibu bapa yang berada di sisi boleh menenangkan anda kan? Lagipun, mereka boleh membantu seperti memberikan air ataupun sebagainya.

e. Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat.

Kalau anda hendak tahu, vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Jadi, mulai sekarang, anda simpanlah vitamin di tempat yang sepatutnya.

Semoga panduan ini dapat membantu anda agar dapat mengamalkan pengambilan vitamin dengan sihat dan selamat.🙂

Credit: wikipedia.

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s