Bahan Kimia Merbahaya Terdapat Di Dalam Kosmetik

Assalamualaikum,

Saya yakin, anda pasti kerap melihat iklan-iklan di media sosial terutamanya, yang banyak mempromosikan pelbagai jenis produk yang menawarkan kulit cerah dan gebu dalam masa kurang dari 7 hari. Terlalu banyak produk yang menawarkan benda yang sama, dan saya yakin, anda sebagai pengguna, sudah pasti terkeliru, nak memilih yang mana satu. Yang pasti harganya memang murah dan menarik perhatian anda. Tapi, Ingat!!

Tidak semua produk tersebut selamat untuk digunakan. Cuba anda lihat gambar di bawah ni, tak takut ke nak pakai produk sebarangan? Takkan nak tunggu dapat kesan macam ini, baru nak serik. Payahlah kalau macam tu.. tepuk dada tanya diri sendiri..🙂 Kalau saya, saya lebih suka memilih yang confirm selamat.

Tahu tak anda, semua ini adalah berpunca daripada kehadiran bahan kimia yang terdapat di dalam produk kosmetik, yang berkemungkinan anda telah pun membelinya.

Ada setengah produk muka ini memang nampak perubahan yang ketara bila digunakan, ada yang tidak sampai seminggu sudah lain muka. Pelik! cepat sangat perubahan. Jangan sebab nak cantik, muka putih, anda main beli saja.  Ambil tahu bahan kandungan produk kecantikan kulit, walaupun nama mungkin agak susah untuk di ingat. Hati-hati yer.. jangan nasi sampai menjadi bubur.

MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA

Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens . Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.

METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

PETROLATUM

Elakkan petrolatum atau parfum berbahan petrolatum kerana ini merupakan sebuah byproduct dari pengeluaran minyak bumi atau petrol.

 PROPYLENE GLYCOL

Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Walaupun kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

 PVP/VA COPOLYMER

Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel – partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru – paru yang sensitif.

STEARALKONIUM CHLORIDE

Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

SYNTHETIC COLORS

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali – kali menggunakannya.

SYNTHETIC FRAGRANCES

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper – pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.

TRIETHANOLAMINE

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata. 

produk kecantikan

Masalah label kandungan pada produk kecantikan juga semakin menjadi di negara kita, Malaysia. Lihat saja di Facebook, banyak produk kecantikan wajah yang dijual, semuanya menawarkan pemutihan yang sangat sekejap, dalam seminggu sudah ada perubahan.

Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat dan jeragat serta krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’. Namun meskipun produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa. Produk yang dibekalkan dari Indonesia itu digunakan bukan sahaja oleh masyarakat tempatan.

Credit: Wanista.Com

Oleh sebab itu, saya lebih suka memilih vitamin shaklee dan produk kecantikan Shaklee, sebab ia selamat dan tiada sebarang bahan kimia. 100% semulajadi.🙂. Antara produk kecantikan yang paling popular ialah Nutriwhite, Enfuselle dan Set rambut Prosante.

p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin Shaklee dan membuat pesanan?

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s