Tip Kecantikan: 8 Rutin Menjadikan Anda Lebih Cantik

Assalamualaikum semua,

Demi ingin tampil sempurna, berbagai ritual kecantikan telah tercipta khas untuk wanita. Bagi wanita yang mengambil berat tentang penjagaan kecantikan sudah tentu ia merupakan satu perkara yang menjadi ikutan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Mungkin juga kebiasaan anda lakukan setiap hari salah dan tidak memberi kesan apa-apa pun untuk kecantikan anda. Supaya persoalan-persoalan ini tidak terus ‘menghantui’ diri anda mari kita semak bersama-sama rutin kecantikan yang selalunya dilakukan oleh ramai wanita termasuk diri anda. Barangkali salah satu dari amalan berikut adalah rutin yang selalu anda lakukan.

1. Membersihkan wajah setiap hari menggunakan facial foam atau sabun pembersih wajah.

  • Facial foam boleh digunakan ketika anda tidak mengenakan sebarang solekan terutaa solekan yang tebal. Facial foam lebih sesuai untuk membersihkan kulit dari minyak dan kotoran yang tidak terlalu berat pada wajah.
  • Sabun pencuci wajah yang mengandungi alkali akan membuatkan wajah anda terasa tegang seperti ditarik dan ia boleh mengikis kelembapan semulajadi kulit anda. Jangan lupa untuk selalu mengenakan penyegar setelah selesai mencuci wajah.

2. Anda tidak mengenakan sunscreen / krim pelindung matahari sebaliknya hanya menggunakan pelembap, bedak asas dan bedak yang mengandungi spf.

  • Untuk perlindungan secara optimum ketika berada di luar, pakai sunscreen setiap dua jam sekali. Agar lebih praktikal, gunakan sunscreen dalam bentuk semburan. Pastikan sunscreen yang anda pilih memiliki label broadspectrum yang berfungsi untuk melindungi kulit dari bahaya sinar UVA dan UVB.

3. Krim wajah yang biasa dipakai pada waktu siang hari juga digunakan pada waktu malam hari sebagai krim malam.

  • Antara kandungan krim siang misalnya mengandungi pelembap, AHA dan serum vitamin manakala krim malam atau selalunya disebut corrective night cream yang berfungsi sebagai agen pengelupasan  yang berguna untuk mengatasi masalah celaan pada wajah selain berfungsi sebagai anti-penuaan.

4. Memakai krim malam tetapi tidak memakai krim mata.

  • Memakai krim malam yang sesuai memang bermanfaat untuk menjaga kulit wajah.
  • Walau bagaimanapun, memakai krim mata yang baik juga akan memberi perbezaan besar bagi keadaan kulit mata anda agar wajah kelihatan awet muda. Kulit disekitar mata harus dilindungi dengan memakai krim mata yang tepat.

5. Memakai lipbalm sebelum memakai gincu bibir untuk memastikan bibir sentiasa kelihatan lembap.

  • Lipbalm sebaiknya dipakai berasingan dengan gincu bibir. Lipbalm berfungsi untuk merawat dan mengembalikan semula kelembapan bibir.
  • Sepatutnya gincu bibir hanya di pakai ketika bibir dalam keadaan sihat sahaja tidak dalam keadaan bibir kering, pecah-pecah dan mengelupas. Dalam keadaan bibir tidak sihat, pemakaian gincu bibir sebaik-baiknya dihentikan untuk sementara waktu.

6. Memicit bintik hitam dan bintik putih setiap hari supaya kulit wajah bersih dan bebas jerawat.

  • Bintik hitam mahu pun bintik putih sebenarnya boleh dikeluarkan pada bila-bila masa pun asalkan kulit wajah anda bersih, alat yang digunakan telah dinyah kuman dan pemicitan bintik hitam dan bintik putih tidak dilakukan secara paksa.
  • Namun jika anda memicit bintik hitam dan bintik putih setiap hari maka risiko kulit terluka dan meninggalkan parut akan mudah berlaku.

7. Menyapukan seluruh tubuh dengan losyen badan sesudah mandi untuk menjaga kelembapan kulit tubuh.

  • Losyen badan sesuai digunakan untuk kulit normal dan kulit kering. Fungsinya ialah untuk membantu menjaga kelembapan kulit saat kulit terdedah dengan faktor-faktor yang berisiko mengikis kelembapan kulit secara semulajadi, sinar matahari dan penghawa dingin.

8. Menyapukan krim anti-selulit dengan cara yang sama seperti menyapukan losyen badan.

  • Kebanyakan krim anti selulit berfungsi untuk mengencangkan kulit dan belum terbukti 100 peratus dapat menghilangkan selulit secara kekal.
  • Namun harus diingat bahawa cara pemakain krim anti selulit tidak sama dengan cara pemakain losyen badan. Sapuan krim anti selulit harus disertai dengan teknik urutan tertentu dikawasan yang berselulit untuk melancarkan pembuangan toksid dari dalam tubuh.
  • Caranya urut bahagian tubuh yang berselulit dengan dua tangan. Urut lembut dengan gerakan arah putaran jam. Angkan kulit yang berselulit dengan jari telunjuk dan ibu jari dan lakukan cubitan lembut hingga kulit terseut berwarna kemerahan dan rasa sedikit panas.

Selamat mencuba yer.🙂

Sumber: Majalah Rapi.

p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin Shaklee dan membuat pesanan?

___________________________________________________________

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s