7 Tip Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Jerawat

Assalamualaikum semua,

Apa khabar yer hari ni? Cuti ni ada bawa family jalan-jalan ke?

Hari ni saya nak berkongsi 7 tip terbaik bagi membantu mengatasi masalah jerawat. Jerawat ni muncul atas banyak sebab. Ada yang disebabkan masalah hormon tidak seimbang, ada juga disebabkan oleh keadaan persekitaran kotor, menyebabkan liang roma kulit tersumbat. Yang paling menakutkan, jika jerawat tu sebenarnya adalah petanda kanser.. hoohoo.. bahayanya..

Gambar hiasan: Cuba anda tengok gambar ni. Anda suka kulit yang macam mana? Setiap pilihan adalah di tangan anda.🙂

Bila dah kulit timbul jerawat, mesti rasa tidak selesa kan? Tak pe, jom baca tip dibawah ni. Mana tahu ia dapat membantu anda.🙂

7 Tip Mengatasi Masalah Jerawat

1. Cuci Kulit Wajah 

Lakukan pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali sehari melalui urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan pencuci khas bertekstur lembut (beli mengikut jenis kulit wajah sama ada normal, kering, berminyak atau sensitif).

2. Jangan Memicit Jerawat

Anda dilarang memicit jerawat. Sekiranya berlaku, perkara ini boleh memburukkan keadaan kulit dan berisiko meninggalkan parut kekal. Berjumpalah pakar kulit bertauliah atau pakar dermatologi sama ada di hospital atau klinik untuk mendapatkan khidmat nasihat mengatasinya.

3. Gunakan Krim Pelembap

Pancaran sinaran Ultra Lembayung (UV) yang terkena pada kulit wajah walaupun sedikit akan merosakkan struktur protein dan DNA, justeru bagi mengatasi keadaan ini, sapukan pelembap kulit wajah yang mempunyai pelindung sinaran UV setiap kali keluar rumah pada waktu siang.

4. Elak Tukar Produk Penjagaan Wajah Secara Kerap

Janganlah selalu menukar produk pembersihan dan kecantikan wajah. Ini akan menyebabkan keradangan atau alahan pada kulit, sebaliknya gunakan sesuatu produk sehingga nampak kesan nyata dan jika kurang sesuai, baru ditukar.

5. Pakai Bedak Muka Berasaskan Mineral

Elak menggunakan bedak padat kerana span yang digunakan berkali-kali dan lembap di dalam bekas akan menggalakkan pembiakan bakteria, lebih baik gunakan bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing kerana anti-inflammatori, tidak menutupi pori dan teksturnya kering.

6. Amalkan Pemakanan Sesuai

Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu mengurangkan pemakanan berminyak dan pedas.

7. Minum Air Kosong

Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.
Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin Shaklee dan membuat pesanan?

___________________________________________________________

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s