Hukum Mengubah Bentuk Asal Untuk Cantik Pada Pandangan Islam

Assalamualaikum semua,

Apa khabar yer? Semua tengah berseronok bercuti bersama keluarga ke? Best kan dapat spend masa dengan famili sambil bawa diaorang window shopping.. Hehe..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit info, mengenai pandangan islam mengenai mengubah bentuk asal semata-mata ingin cantik. 😊

Jom baca.

Fitrah setiap manusia khasnya wanita yang sentiasa inginkan bentuk badan cantik dan menarik menjadi bonus bagi penjual ubat-ubatan ‘cantik ekspres’ menerusi online di negara ini.

20140517-145051.jpg

Namun, di sebalik perniagaan itu, umat Islam khasnya terjebak dengan dosa besar kerana mengubah bentuk badan asal mereka.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Noh Gadut berkata, tujuan yang dibenarkan untuk mengubah bentuk badan asal hanya bagi memperbaiki organ badan yang rosak akibat trauma kemalangan selain mengembalikan kecacatan kepada bentuk normal.

“Ulama tafsir berkongsi tiga pendapat berkaitan takrifan ‘merubah fitrah kejadian dan apa juga yang ditetapkan Allah SWT’ iaitu mengubah bentuk badan dan organ haiwan serta manusia, mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai Tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah SWT serta sebaliknya.

“Kini, perkara membimbangkan ialah ada pihak cuba memperdaya orang ramai dengan mengatakan bahan digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan kosmetik hanya mengandungi sesuatu protein dan ia juga tidak mengubah bentuk badan asal,” katanya.

Noh mengulas lambakan laman sosial Facebook (FB) dan blog yang menjual hormon estrogen kepada wanita yang menginginkan bentuk badan menggiurkan tanpa perlu menjalani pembedahan.

Apa yang perlu dilakukan pembeli ialah menghubungi penjual sebelum hormon berkenaan disuntik sendiri ke bahagian badan yang dirasakan perlu diubah.

Bagaimanapun, ramai menyesal kerana kecantikan diperoleh hanya sementara sebelum bahagian badan yang disuntik kendur, malah bertukar buruk.

“Mungkin sekarang nampak cantik namun hakikatnya semuanya palsu, malah perlu menanggung dosa seumur hidup.

“Jika tidak sakit, mengapa perlu cari penyakit dengan melakukan pembedahan atau menyuntik untuk mengubah bentuk badan asal,” katanya.

Menurut Noh, cantik dan berhias sememangnya dituntut Islam berikutan Islam tidak suka umatnya selekeh dan tidak terurus.

“Rasulullah SAW sendiri sangat kemas, kacak dan menarik sekali, malah sedap mata memandang.

“Oleh itu, setiap kali ingin mendapatkan rawatan kecantikan, tolong rujuk kepada tokoh agama supaya tuan punya badan tidak melakukan dosa dalam niat untuk kelihatan cantik,” katanya.

 

p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin Shaklee dan membuat pesanan?

___________________________________________________________

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s