47 Produk Pelangsing Badan Di Senarai Hitam

Bismillah,

Assalamualaikum semua.. Apa khabar yer pembaca blog umminiena hari ni? Anda sudah pasti selalu melihat iklan berkaitan dengan perlangsingan, hampir setiap hari. Betul tak? Bagaimana cara anda memastikan ubat atau produk yang anda ambil adalah selamat dan tidak memberi kesan untuk jangka masa panjang?

Jom tengok senarai di bawah, bagi memastikan produk atau ubat yang anda pilih tidak termasuk dalam kumpulan produk yang di senarai hitam kan.

Artikel ni dipetik dari Berita Harian. 

Idam nak cantik jadi gila
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2010/08/15

 

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam
KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

 

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan
berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine. “Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
  • Kintop
  • Body Beaus
  • BMI-9 Xylimming Capsule
  • Senna Plus Capsule
     
    Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  • Lami
     
    Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
  • Obexlim
  • Slimax Coffee
  • Beaute Fit Body Contour
  • Body Trimz
     
    Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
  • 357 Nasal Spray
     
    Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  • Makjun Taufiq Dua Istimewa
  • Majun Dua Istimewa
  • Ginseng Jin Fui Wan
  • Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
  • Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  • Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
  • Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
  • Makjun Syafiq 3 Istimewa
  • Reepo
     
    Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
  • Air Ikan Haruan
     
    Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
  • Eriesya Spa Beauty Cream
  • Atika Beauty Renewal Cream
  • Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
  • Ratna Sari Whitening Night Cream
  • Tia Amelia Krim Jeragat
  • Chantique Whitening Night Cream
  • RZAC White Pearl Cream
  • Nuriz Day and Night Cream
  • Elite Rias Er Cream
  • R&Z Whitening Night Cream
  • Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
  • Pigmentation Recovery Complex
  • Zara Rejuvenation Cream
  • Natasya Krim Herba Gold
  • De Putih Night Cream
     
    Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
  • Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
     
    Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
  • Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
  • Qian Tong Dan
  • Raja Ubat Resdung
  • Coral Plus UA 350MG
kesimpulannya..jadilah penggguna yang bijak lagi berhemah… alah membeli menang memakai.. bukannye menang membeli tapi menyesal kemudian hari…

jadilah seperti saya yang memilih produk jenama Shaklee..For 50 years, Shaklee has been leading the way in natural health products,personal care, home care and air treatment products including 45 patents worldwide..bla bla bla…🙂

p.s: Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai vitamin Shaklee dan membuat pesanan?

___________________________________________________________

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s