Jom Kenali Bentuk Badan Anda, Adakah Ia Bentuk Epal Atau Pisang?

Bismillah,

Assalamualaikum semua,

Apa khabar yer pembaca blog umminiena hari ini? Harap semuanya sihat belaka yer.. Maklumlah hari ni kan hari ahad.. Mesti masing-masing sibuk nak plan untuk bawa famili ke mana agak nyer.. hehee..

Jadi, untuk mengisi masa anda yang masih mencari idea tu, apa kata kalau kita buat satu permainan mudah je, iaitu kenali bentuk badan sendiri.. hehee.. 

Ramai yang masih lagi tak tahu bentuk badan sendiri jenis apa sebenarnya.. sebab kadang-kadang kita macam tak kisah pun sebab rasa macam tak penting. Jadi, saya nak ingatkan anda, sebenarnya, kalau anda tahu jenis bentuk anda, anda sangat mudah untuk membeli seluar dan baju yang sesuai dengan bentuk badan anda. Tidak semua orang mempunyai bentuk badan secantik model. Lagipun tak semua model mempunyai badan yang cantik. hehee. Tak Caya? Meh tengok bawah ni. 

Saya pasti, anda tidak ingin badan sekurus kering seperti ini. Silap hari bulan, jatuh sikit, terus patah tulang. huhu

Jom tengok bentuk badan anda pula. :) 

KENALI JENIS BENTUK BADAN WANITA!

Bentuk tubuh badan anda di waktu ini sebenarnya bergantung pada faktor keturunan, tabiat pemakanan dan aktiviti harian. Pengaruh keturunan memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh yang anda ada sekarang, tetapi, anda masih boleh mengubahnya mengikut bentuk tubuh yang anda inginkan melalui pengetahuan, makanan, senaman yang baik untuk pembentukan dan kesihatannya.

Ramai yang melakukan pembentukan semula melalui senaman kardio dan angkat berat tetapi perlu diingatkan, ianya bukanlah perkara yang mudah maka disarankan anda meminta bantuan professional dan pakar untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul.

JOM kenal pasti jenis bentuk badan anda!

HOURGLASS

Bentuk tubuh : Berada di tengah-tengah di antara pir dan epal. Tidak kurus dan tidak gemuk. Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha kelihatan berotot dan kuat.

Risiko : Berisiko mendapat tiroid. Ini kerana mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi sukar untuk menurunkannya. Mudah diserang tekanan, sukar tidur dan banyak lagi.

Isu sihat : Mudah berasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Ketahuilah setiap kali anda tertekan hati anda akan membebaskan lemak ke saluran darah anda. Cubalah sentiasa untuk hidup riang.

PISANG

Bentuk tubuh : Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk tubuh seperti lelaki (kurus sahaja). Bentuk badan seperti pisang sering dicemburui oleh teman-teman sekeliling.

Risiko : Risiko untuk mendapat penyakit jantung, diabetes dan kanser payudara adalah RENDAH. Tetapi jika anda tidak ‘fit’ dan mempunyai banyak lemak berbanding otot anda tetap berisiko.

Isu sihat : Mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil akan menggangu proses ovulisasi dan juga kesuburan. Oleh itu, rancang pelan keluarga sebaik anda mencecah 30. Rangka tubuh yang kecil dan tahap BMI yang rendah meningkatkan risiko mendapat penyakit osteoprosis. Jadi perlu bersenam selalu dan banyakkan pengambilan kalsium.

PEAR

Bentuk badan : Bahagian dada kecil dan pinggang ramping. Badan dikatakan seperti duyung. Mempunyai pinggang,punggung dan paha yang agak besar.

Risiko : Lemak bahagian punggung dan paha tidak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan diabetes. Jadi jangan tambah kerisauan pada pasangan yang anda risau tentang saiz punggung yang lebar.

Isu sihat : Dengan lebihan lemak bahagian bawah tubuh anda, bentuk pir ini mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah (varicose vein) dan lebihan air pada buku lali dan kaki. Mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang meningkatkan risiko serangan kanser payudara.

EPAL

Bentuk badan : Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Punggung anda kecil dan kaki langsing.

Risiko : Keseimbangan antara hormon seksual (testosteron dan estrogen) dan hormon tekanan (serotonin dan ‘dopamine’) mungkin menjadi penyebab terkumpulnya lemak di bahagian pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin terjadi seperti ini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah, terlalu sedikt melakukan aktiviti dan juga mungkin terlalu banyak mengambil alkohol.

Isu kesihatan : Apabila anda mengalami kenaikan berat badan tertumpu kepada bahagian yang merbahaya. Lebihan lemak(visceral) ini terbina di bawah kulit. Jika tidak terkawal mampu meningkatkan kolestrol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian terhadap kolestrol dalam darah, gula darah dan tekanan darah. Tindakan ini mampu mengelakkan risiko penyakit jantung, diabetes dan angin ahmar.

Dah tahu bentuk badan anda jenis apa?🙂

p.s: Berminat untuk membeli vitamin Shaklee? Hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan.

___________________________________________________________

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: