Apa Yang Ada Dalam Susu Ibu?

Assalamualaikum semua..

Ingat tak anda, kalau masa baru bersalin tu kan, mesti mulut nurse akan membebel menyuruh kita menyusukan bayi terus. Kalau boleh, sebaik sahaja selepas di jahit, mereka nak kita terus memangku bayi untuk disusukan. Kadang-kadang, ada ibu yang ambil mudah mengenai penyusuan bayi ni. Kalau depan nurse, iyer-iyer je suakan susu pada baby, tapi, sebaik sahaja nurse beredar, terus diaorang capai botol susu yang dah disediakan seawal mungkin, sebelum keluar dari rumah lagi.

Mungkin diaorang ingat, kalau buat macam tu, nurse tak marah, sebab tak nampak. Tapi, tahu tak anda, sebenarnya perbuatan tersebut tidak merugikan nurse langsung, tetapi ia akan merugikan bayi anda. Anak anda yang baru lahir itu kerugian kerana tidak mendapat antibodi yang paling baik di dunia ini, yang cuma terdapat dalam susu pertama ibu, iaitu kolostrum. Rugi kan? Kesian baby.. Jadi, sebagai seorang ibu, ilmu penyusuan perlu dititik beratkan, sebaik sahaja anda mula mengandung. Sekurang-kurangnya anda sudah tahu dan bersedia apa yang perlu dilakukan, jika ada masalah semasa penyusuan kelak.

Jadi, hari ni, saya nak kongsi sedikit maklumat, mengenai kebaikan kandungan susu ibu. Agar lepas ni, tak de lagi kita tengok ibu-ibu yang ada bayi umur bawah 2 tahun, membeli susu formula. Insha Allah.. hehee.

Lemak

Terdapat 3.5-4.5% lemak dalam susu ibu. Walaupun kandungan lemak ini tinggi, ia mudah diserap oleh bayi. Bila diperhatikan, kandungan kolesterol dalam susu ibu juga tinggi. Tetapi, dalam banyak kajian mendapati bayi yang tidak diberi susu ibu adalah lebih ramai menghidap penyakit (penyakit kulit dan sistem pencernaan yang menyebabkan kematian).

Vitamin

Terdapat banyak vitamin dalam susu ibu. Antaranya vitamin K yang berfungsi sebagai pemangkin dalam pembentukan darah. Selain itu terdapat juga vitamin D dan E yang terdapat dalam kolostrum. Kesemua vitamin ini terdapat dalam air susu ibu dalam jumlah yang cukup dan mudah diserap.

 

 

Dalam air susu ibu juga terdapat komponen yang berfungsi melindungi bayi dari serangan penyakit berjangkit, bakteria, virus, parasit dan kulat. Bayi yang diberi minum ibu secara eksklusif biasanya jarang mendapat penyakit kerana terdapat zat protektif dalam susu ibu.

Lactobacilluc

Ia berfungsi mengubah laktosa kepada asid laktat dan asid asetat. Kepentingan asid ini adalah dapat menghindar pembiakan E.Coli yang boleh menyebabkan cirit-birit dan kulat pada bayi. Lactobacilluc tumbuh cepat kerana kewujudan nitrogen dalam susu ibu . Ia berbeza dengan susu formula yang tidak mempunyai faktor ini.

 

Laktoferin

Laktoferin merupakan protein yang boleh menghalang pertumbuhan virus staphylococcus dan EColi. Kandungannya sebanyak 100mg/100ml

Antibodi

Air susu ibu juga terdapat antibodi bagi rotrovirus, polio, dan campak. Ia juga terdapat antigen pada Helicobacter Pylori yang merupakan antara penyebab cirit-birit. Kadar ini sangat tinggi pada kolostrum dan akan berkurang apabila bayi berumur 1 bulan, kemudia kadarnya menetap selama tempoh menyusu.

 

 

 

Akhirnya, dalam susu ibu terdapat terlalu banyak formula hebat ciptaan tuhan yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan bayi. Ia sangat berbeza dengan susu formula yang hanya mempunyai formula tetap dan tidak berubah.

set ibu menyusu 3m

 

____________________________________________________________________

Berminat untuk mencuba dan membuat pesanan produk Shaklee. Kini, pembelian produk Shaklee tersangatlah mudah. Dengan hanya klik button di bawah, anda sudah boleh membuat pembelian secara online seperti mana anda membeli di zalora.com atau lazada.com. Hanya dengan menggunakan kad kredit atau kad debit yang ada logo Mastercard atau Visa, semuanya menjadi mudah dihujung jari anda.🙂

 

PERTANYAAN

** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

“Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya “

shakleelogo

FATIMAH BT TONY

  • Shaklee Independent Distributor [ ID No. : 887938 ]
  • Contact No | Sms | Whatsapp :  011 – 3201 4534 
  • Email : Beauty.Fatimah@yahoo.com

DAFTAR MENJADI SHAKLEE MEMBERSHIP HARI INI

“Ingin mendapat 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya sekarang juga! Hanya Online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan! Wakil pengedar Seluruh Malaysia masih diperlukan! Dan anda akan dijemput ke Group Exclusive di Facebook ”

daftar ahli shaklee

 

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s